Silat pengantin yang menghiburkan

April 18, 2017

Silat pengantin ataupun nama lainnya silat sembah pengantin adalah salah satu warisan melayu ketika majlis bersanding. Biasanya pengantin dikehendaki untuk duduk di kerusi biasa di tengah panas untuk menyaksikan persembahan silat pengantin ini. Walaupun di tengah panas, pasti akan ada ramai orang yang berkerumun untuk menyaksikan silat pengantin ini kerana kesenian bunganya yang menarik serta sudah pasti menunggu adegan lucu untuk kenakan pengantin. 


Rakaman Silat Pengantin Yang Menghiburkan


Video di atas adalah rakaman semasa majlis perkahwinan sepupu Encik Suami di Kajang. Pada mulanya cuma adik ipar CN yang bersilat, tiba-tiba ayah mertua eksited terus masuk gelanggang untuk buat persembahan khas buat anak sedara tersayang. Memang menghiburkan kerana main acah-acah je lebih ayah mertua CN sorang ni. Sampai semput orang tua tu bersilat tau! Hehehe...


silat pengantin, silat pengantin yang menghiburkan, warisan silat pengantin, silat pengantin jawa, warisan melayu, silat sembah pengantin,
Silat sembah pengantin

Silat Sembah Pengantin Ketika Majlis Perkahwinan CN


Saja throwback beberapa keping gambar semasa majlis resepsi di rumah mertua CN. Memang meriah silat sembah pengantin ini. Paling best, pesilat-pesilat ini siap tunggu di jambatan ketika kami berarak. Dah macam lalu bawah pedang gituw. 

silat pengantin, silat pengantin yang menghiburkan, warisan silat pengantin, silat pengantin jawa, warisan melayu, silat sembah pengantin,
Serius muka pengantin sebab panas ! Hehehe

Tidak ketinggalan persembahan silat pengantin solo oleh adik ipar yang ketika itu masih form 4. Adegan acah-acah salam pengantin lelaki yang menyebabkan semua orang ketawa ketika itu. Memang menghiburkan !

silat pengantin, silat pengantin yang menghiburkan, warisan silat pengantin, silat pengantin jawa, warisan melayu, silat sembah pengantin,
Tersenyum lebar pengantin semasa adegan acah-acah salam pengantin

CN berharap agar seni silat sembah pengantin ini diteruskan hingga ke anak cucu kita nanti. Ia adalah salah satu daripada beribu warisan melayu yang mesti dikekalkan. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. silat pengantinlah selalunya di tunggu² kan..syok tengok.
    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Meriah pula perkahwinan ni.. Kat tempat saya jarang kalau kahwin ada silat bersilat

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.