PT3 Sejarah 2017 kini bermula

April 30, 2017

Hari ini sudah bermula PT3 Sejarah 2017 untuk calon-calon PT3 di sekolah CN. Soalan PT3 2017 kali ini agak mencabar tetapi tidak sukar jika pelajar berjaya memperoleh maklumat yang dikehendaki dan yang paling penting, "Tanya cikgu sejarah". Ok, kali ini CN ingin berkongsi tentang soalan PT3 Sejarah 2017 pula untuk pengetahuan anda. 

Tugasan PT3 Sejarah 2017 : 


Petikan berikut menerangkan konsep peristiwa bersejarah :

"Peristiwa bersejarah mempunyai fakta yang tepat dan bermakna kepada masyarakat setempat dan nagara kita."

Sumber : Buku Teks Sejarah Tingkatan 1, Tahun 20013

Anda dikehendaki membuat kajian tentang satu peristiwa bersejarah di tempat tinggal anda.

Hasilkan satu laporan yang panjangnya tidak kurang daripada 300 patah perkataan.


Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut :

(a) Tajuk kajian

(b) Nama penulis

(c) Isi kandungan

: Pengenalan - menjelaskan latar belakang peristiwa bersejarah di tempat anda.
: Menerangkan faktor berlakunya peristiwa bersejarah.
: Menerangkan peristiwa bersejarah secara kronologi.
: Menilai kesan/impak peristiwa bersejarah terhadap diri sendiri, masyarakat setempat dan negara.
: Menjelaskan iktibar yang diperoleh daripada peristiwa bersejarah.

(d) Rumusan

(e) Sumber rujukan

(f) Membentangkan laporan hasil kajian





SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA CALON PT3 2017



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.