Pertama kali mencuba EMPRO Day & Night Mascara
March 28, 2017
Baru-baru ni CN dapat 1 produk dari 100comments untuk dicuba. Mascara jenama EMPRO adalah produk dari Korea. Hah ! Kemain tau CN ni, mentang-mentang dah declare beauty blogger, asyik review produk dari Korea je tau ! Ok, EMPRO Day&Night Mascara ni didatangkan dengan kotak berwarna silver. Sangat esklusif tau. Kotaknya ringan je, mudah dibawa ke mana-mana.
EMPRO Day & Night Mascara |
Review EMPRO Day & Night Mascara
1. Two in one
: Mempunyai 2 jenis berus yang mempunyai 2 fungsi iaitu lengthen + extra curl dan volume + extra curl.
: CN paling sukakan fungsi volume + extra curl, memang mata nampak menyerlah dan seksi gituw.
2. Mudah digunakan
: Sangat mudah untuk digunakan. Tidak berketul dan mudah juga untuk ditanggalkan.
3. Jimat
: Tak perlu beli 2 jenis mascara untuk 2 fungsi berbeza. Cukup dengan 1 EMPRO Day & Night Mascara.
4. Ringan
: Ringan dan bersaiz kecil. Mudah dibawa ke mana-mana.
EMPRO Day & Night Mascara |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
wow great
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.