Cara membuat ikan cencaru sumbat kelapa
March 02, 2017
Ikan cencaru sumbat inti kelapa sememangnya kepakaran Encik Suami. Tugas CN biasanya buat cili kicap pedas berasap sebagai pencicah. Bahan inti kelapa ni senang je nak buat, yang CN malas nak buat adalah mengikat inti ke dalam kelapa. Kalau guna benang yang jahit baju tu, biasanya akan putus masa proses menggoreng. Disebabkan tiada benang yang tebal tu, suami CN guna daun serai sebagai tali pengikat. Oklah, ada rupa dan yang pasti rasanya sedap !
Ikan cencaru sumbat kelapa |
Resepi ikan cencaru sumbat kelapa
Bahan-bahan membuat ikan cencaru sumbat kelapa
Ikan cencaru 5 ekor
Kelapa parut setengah biji
3 batang serai di potong kasar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
seberapa biji cili padi bergantung kepada tahap kepedasan cili tersebut
Garam dan kunyit secukup rasa
Cara-cara membuat ikan cencaru sumbat kelapa
1. Gaul rata garam dan kunyit pada ikan cencaru, Tepikan
2. Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan cili padi. Campurkan bahan tumbuk tersebut ke dalam kelapa parut. Masukkan serai yang dipotong kasar. Gaul rata.
3. Sumbatkan inti kelapa ke dalam ikan cencaru dan ikan ikan tersebut supaya inti kelapa tidak keluar semasa proses menggoreng.
4. Goreng sehingga masak dan hidangkan bersama cili kicap ! Pergh !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
thanks for sharing
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.