Sothys hydra nourishing mask dari Paris
February 06, 2017
Pernah dengar jenama Sothys? Ia adalah rangkaian produk kecantikan dari Paris. Kali ini CN ingin review satu salah satu barangan set kecantikan jenama Sothys iaitu Hydra-nourishing mask yang CN dapat dari 100comments.com. Setakat ini CN tak pernah dengar lagi jenama Sothys ni. Tapi bila dapat je parcel dari abang posmen, tak bukak lagi parcel dah boleh bau wangi. Ia bersaiz kecil iaitu 50 ml sahaja.
Sothys hydra nourishing mask dari Paris |
Review Sothys hydra nourishing mask
1. Mudah untuk digunakan
: Sapukan lapisan tebal Sothys hydra nourishing mask pada kulit wajah dan leher. Biarkan untuk 10 hingga 15 minit. Kemudian cuci muka anda dengan pencuci muka kegemaran. Anda akan rasakan wajah anda segar dan berbau wangi serta lembab.
: CN pakai mask ni selepas muka burn kena panas dek latihan rumah sukan. Lepas pakai, kulit wajah rasa segar, lembab dan hilang bintik-bintik merah. Dah tak ada rasa gatal-gatal sebab bila muka burn ni, rasa pedih dan gatal-gatal.
2. Bau
: CN suka sangat dengan bau Sothys hydra nourishing mask ni. Sangat wangi dan menenangkan.
3. Tidak menyakitkan
: Sesetengah mask menyebabkan muka tegang ketika dipakai dan menyakitkan apabila hendak dicuci. Tapi berbeza dengan Sothys hydra nourishing mask ni, anda terasa tidak memakai mask dan relax je. Cukup masa, cuci muka dan lap bersih. Mudah sangat !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
pertama kali nampak produk ni
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.