Makan sedap di Hotel Armada PJ

February 09, 2017

Sempena meraikan anniversary ulangtahun perkahwinan CN dan Encik Suami yang ke-6, kami memilih Hotel Armada sebagai destinasi percutian singkat kami. Menggunakan voucher yang CN menang di SINI, alhamdulillah, percutian kali ini sangat bermakna bersama anak-anak. Tak perlu potong kek bagai kerana buffet dinner di Hotel Armada menyajikan pelbagai jenis kek dan manisan yang sangat superb dan membahagiakan si pencinta manisan macam CN. Dari lepas maghrib kami sekeluarga turun makan sampai pukul 9 pun tak habis lagi tau. Ada je yang nak dimakan kerana makanannya sentiasa di topup dan dihidang panas-panas. 

review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada

Kebetulan masa CN dinner di Hotel Armada, ada promosi Chinese New Year Reunion Buffet Dinner. Selain menu utama, sempena promosi ini terdapat tambahan menu seperti braised seafood soup yang sangat sedap, roasted chicken with sesame sauce yang menjadi pilihan Dhia Zahra kerana kelembutannya dan banyak lagi.
review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada
Braised Seafood Soup
Encik Suami yang terkenal dengan perangai cerewetnya part makanan pun menyukai hidangan buffet dinner di Hotel Armada ini. Manakan tidak, masakan udang ala thai nya memang sedap. Sepinggan kitorang meratah laki bini tau. 
review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada
CN paling suka section masakan thai sebab kena dengan tekak CN. Pilihan Encik Suami pulak adalah section masakan India dengan kari kambingnya. Manakala Irfan pula sudah tentu section masakan Itali iaitu spageti bolognise. 
review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada
Irfan makan banyak sampai kekenyangan ! 
Eh, Dhia Zahra pun ada kegemarannya. Si kecik ni suka makanan di section masakan chinese iaitu roasted chicken with sesame sauce selain buah-buahan. 
review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada
Si kecik ni pun tak kalah sampai comot baju bila makan

Pelbagai pilihan dessert di buffet dinner Hotel Armada

Kewajiban bagi CN apabila makan di hotel adalah mencari dessertnya dulu. Almaklumlah, di hotel biasanya dihidangkan dessert yang memang jarang-jarang dimakan atau tidak pernah dimakan. Rugi jika tidak mencuba !
Antara dessert yang membuatkan CN sangat addicted adalah creme brule. Sampai 3 bekas CN makan benda ni tau. Rasanya lemak-lemak dan tidak berapa manis, memang bikin ketagih ! Ada pelbagai lagi hidangan dessert lain seperti macaroon, aneka kek yang pasti menggoda. 
review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada
Creme Brule
review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada


Harga Buffet Dinner Di Hotel Armada

RM78++ untuk dewasa
RM39++ untuk kanak-kanan (6 – 12 tahun)
RM55++ untuk warga emas 60 tahun ke atas

Pelbagai pilihan untuk buffet breakfast

Buffet breakfast di Hotel Armada juga sangat best dengan pelbagai pilihan makanan. Nasi lemaknya sedap dan roti canainya lembut. Selain itu ada juga ayam teriyaki yang rangup dan sedap. Meat ball dengan black papper sauce juga sedap dan lembut. Ada juga bubur nasi dengan pelbagai pilihan topping. Kalau roti biasalah ada pelbagai jenis dan lembut gituw. Dim sum yang panas-panas serta aneka pau juga ada. CN suka sangat dim sum nya, memang sedap ! 
review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada
Ayam teriyaki


review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada

review makan di hotel armada, hotel armada pj, harga buffet dinner di hotel armada


Untuk tempahan, anda boleh terus hubungi 03-7954 6888 ext 4557 Utara Coffee House.

Utara Coffee House
Armada Hotel Petaling Jaya
Lot 4, Lorong Utara C, Section S2,
Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7954 6888
www.facebook.com/HotelArmadaPJ


Lokasi Hotel Armada Petaling Jaya


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. Bestnya. Baru jugak join contest ni. Mintak2 Ada rezeki kita plak nnt. :) mcm best je tgk buffet dinner tu..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.