Cara membuat somtam

February 26, 2017

Somtam merupakan makanan Thai yang sedap dimakan begitu sahaja. Orang cakap somtam ni macam kerabu Thai gituw la, memang pembangkit selera. Kalau pergi makan dekat kedai Thai, bila order somtam ni, selalunya tak cukup. Kalau nak puas, buat sendiri. Sangat mudah. Meh CN share cara membuat somtam yang sangat mudah. 

resepi somtam mudah, resepi somtam sedap, cara membuat somtam,

Resepi somtam yang mudah disediakan


Bahan-bahan untuk somtam


1 biji betik muda
1 biji mangga muda
1 batang lobak
4 biji cili padi (boleh tambah jika nak rasa lagi pedas)
6 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering
5 sudu besar gula kabung
4 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis
2 biji tomato – dipotong dadu
3 tangkai kacang panjang


Cara membuat somtam

1. Tumbuk kasar cili padi dan udang kering.
2. Masukkan bahan yang ditumbuk ke dalam bekas besar berisi bahan yang disagat (mangga, betik, lobak).
3. Masukkan cuka, jus limau nipis, kacang panjang dan tomato. Gaul semua hingga sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.