Bercuti di Armada Hotel, best ke?
February 12, 2017
Sempena anniversary perkahwinan CN dan Encik Suami, kami memilih Hotel Armada sebagai destinasi percutian singkat kami. Terletak di PJ betul-betul bersebelahan dengan Federal Highway. Walaupun biasa tengok Hotel Armada ni, agak meraban jugak hendak ke sana. Bayangkan dah nampak hotel tu disebelah kanan tapi tak boleh masuk sebab jalan sehala! Stress betul ! Jenuh la u turn. Tapi bila dah sampai, wah ! Inilah rupanya hotel bertaraf 4 bintang. Parking free hokay.
Bercuti di Hotel Armada, best ke? |
Disebabkan CN dah booking online dan mempunyai reservation number, proses check-in agak mudah. Cuma bilik kami ada masalah kotor dan paip rosak, jadi mereka meminta kami sekeluarga tunggu dahulu. Sementara menunggu, kami disajikan complimentary drink sebagai tanda mohon maaf atas kelewatan mereka.
Lobi Hotel Armada |
Manager in-charge juga sangat peramah dan mesra kanak-kanak. Siap bodek Irfan Hensem dengan jajan lagi supaya budak tu tak buat perangai ! Hehehe
Complimentary drink |
Santainya dorang ni melepak kan? Dhia Zahra je yang super aktif semua benda dia nak pegang ! |
Bilik Deluxe di Hotel Armada
Akhirnya saat ditunggu tiba, bilik kami ditingkat 13 iaitu 1307. Masuk je ke dalam bilik, wah ! Luasnya. Dengan rekaan moden dan betul-betul mengadap Federal Highway. Siap ada baby coat lagi. Bukan untuk Dhia Zahra, tapi untuk Irfan Hensem ! Awal-awal dia dah claim tu katil dia, okaylah nak..ameklah..
Tingkat 13 |
Katil besar dan selesa siap pakej baby coat untuk baby besar @ Irfan Hensem |
Seperti jangkaan, semua ada dalam bilik ni. Cuma amenities tak ada losyen macam sesetengah hotel lain. Dah la lupa bawak losyen sendiri, redha jela kulit kering kena air-cond. Untuk bancuh air pulak pihak hotel letakkan batang ais krim ! Agak kelakar, tapi i is redha. Janji boleh kacau ! Hehehe
Bilik air & amenities |
Bilik ni ada banyak cermin, memang nampak luas selain seronok bergambar ! Hehehe |
Almari tempat gantung baju memang besar siap ada peti besi dan iron board lagi dalam tu. Irfan Hensem pulak suka betul main dalam almari tu sampaikan Encik Suami marah takut ada 'penunggu'. Yela, hotel lama kan, manalah tahu. Memang masa Irfan main-main dalam almari tu, CN terbayang gak cerita hantu yang budak kecil jumpa hantu dalam almari ! Fuh !
Review Bermalam Di Hotel Armada
Keseluruhannya, CN berpuas hati dengan servis di Hotel Armada ni. Bilik selesa, makanan pun sedap-sedap dan banyak pilihan. Memang sangat berbaloi ! Lokasi hotel ini juga dekat dengan pelbagai shopping complex seperti Amcorp Mall, Jaya Shopping Centre, dan banyak lagi under construction selain tempat lepak paling femes masa zaman anak dara iaitu Mid Valley Megamall . Hotel Armada ini juga berdekatan dengan PPUM.
Berhadapan dengan Hotel Hilton dan mengadap Lebuhraya Persekutuan |
Irfan Hensem dan Dhia Zahra eksited tengok keretapi dari dalam bilik |
Breakfast sangat-sangat membahagiakan di Hotel Armada |
Sebelum balik, kita bergambar dulu ! |
Untuk tempahan, anda boleh terus hubungi >>
Tel : 03-7954 6888
www.facebook.com/HotelArmadaPJ
1 comments
Mestilah best becuti kan?
ReplyDeleteHehe.
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.