Belajar memasak dalam Geografi?
February 16, 2017
Subjek Geografi Tingkatan 3 adalah subjek yang paling mudah. Tambahan pulak dengan PT3, pelajar hanya perlu menjalankan kajian kes dengan bimbingan guru, sangat mudah untuk mendapat A. Kecuali pelajar itu sendiri yang malas dan tidak pandai mengarang. Tak dapek cikgu nak menolong !
Untuk Bab 4 iaitu Graf, Carta & Gambar Rajah, CN meminta pelajar untuk membina peta alir iaitu salah satu dari 8 peta i-THINK yang sama fungsi dengan gambar rajah. Topik untuk peta alir ini adalah : Langkah-langkah memasak (apa-apa sahaja menu pilihan pelajar).
Memang menarik bila lihat hasil pelajar yang sangat pelbagai. Masa inilah anak dara mengaku tak pernah masak dan si teruna pulak tunjuk skill kemahiran memasak mereka. Macam-macam ragam anak-anak ni.
Ada juga pelajar bertanya, "Cikgu, ni subjek Geografi, kenapa kena buat resepi?".
Alasan CN adalah subjek Geografi itu sendiri merentasi kurikulum. Dalam Geografi pelajar perlu mengira, perlu belajar sejarah. Mengapa tidak belajar memasak dalam Geografi? Boleh kan?
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
4 comments
Wish best luck utk study mereka semua. :D. Singgah sini sambil klik iklan menarik. :)
ReplyDeletemenarik tu cikgu
ReplyDeletebenda baru ni
ReplyDeletekreatif CN...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.