4 Cara dapatkan mood yang baik sebelum mengajar
February 06, 2017
Cikgu juga manusia biasa mempunyai mood yang pelbagai. Ada masa, ceria sangat dan ada juga masa bertukar menjadi hulk! CN juga kadang-kadang tak dapat lari dengan bad mood bila masuk kelas untuk mengajar. Cuma kalau boleh elakkan bad mood tu sebelum masuk mengajar supaya tidak dilabel pelajar >> Cikgu cengeng, Cikgu hulk, cikgu muka ketat, cikgu poyo dan sebagainya.
Bagaimanakah mendapatkan mood yang baik sebelum masuk mengajar?
Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mendapatkan mood yang baik sebelum mengajar. Meh CN kongsi 4 cara untuk mendapatkan mood yang baik sebelum masuk kelas.
1. Makan
: Pastikan perut anda kenyang kerana 'gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati!!'. Bila perut kenyang, confirm anda akan senang hati. Bila anda masuk kelas mengajar dengan hati yang senang, anda akan tersenyum riang dan relax untuk mengajar. Bila anda relax dan cool, confirm pelajar akan suka dan seronok belajar. Tapi jangan pulak relax sangat, risau pelajar hover dan pijak kepala cikgu pulak.
2. Pernafasan yang betul
: Apakata 10 minit sebelum masuk mengajar, duduk berehat dan tarik nafas dalam-dalam serta hembuskan dengan mulut. Ulang sampai anda rasa tenang.
3. 'Buang'apa yang patut
: Pastikan sebelum masuk mengajar, buang air besar atau kecil supaya tidak mengganggu mood anda ketika mengajar. Bayangkan tengah mengajar, tiba-tiba nak berak. Kan mengganggu mood gituw? Bila penat jalan pegi toilet, dah bertukar mood kan?
4. Tengok video kelakar
: 10-15 minit sebelum masuk mengajar tu, apakata rehat-rehat sambil tengok video kelakar. Macam CN sebelum masuk mengajar, wajib makan dulu sambil tengok Running Man. Tapi kena tengok jam ye jangan sampai terlajak seronok tengok Running Man sampai lupa masuk kelas. Dosa tau...no, no, no! Bila tengok video kelakar ni, kita akan ketawa dan dalam masa yang sama mood kita akan bertukar positif. Bila masuk kelas pun boleh senyum-senyum ceria gituww..
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
makan tu yang pertama..hehe
ReplyDeletedah lama fae tak tgk prog running man huhu
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.