Resepi masak lemak cili padi kerang

January 09, 2017

Masak lemak cili padi merupakan antara hidangan kegemaran CN. Masaklah apa sahaja, mesti laku ! Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda resepi masak lemak cili padi kerang yang pedas berasap kegemaran CN. Simple je, campak-campak dah siap !

Masak lemak cili padi kerang


resepi masak lemak cili api, resepi masak lemak cili padi, resepi masakan kerang, kerang masak lemak cili api
Kerang masak lemak cili api


Bahan-bahan membuat masak lemak cili padi kerang


>> Kerang yang dibasuh bersih
>> Segenggam cili padi bergantung kepada tahap kepedasan yang diinginkan*
>> Bawang besar sebiji*
>> Bawang putih 4 ulas*
>> Kunyit hidup 1 inci*
>> Halia 1 inci*
>> 2 batang serai gemuk
>> 3 biji tomato
>> 1 paket santan kotak (orang malas pakai santan kotak je, hehehe)
>> Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuat masak lemak cili padi kerang


>> Tumbuk halus bahan bertanda *. Kalau CN, masuk dalam Tefal Manual Chopper je, zap, zap dah siap!
>> Kerang yang dibasuh bersih tadi dimasukkan ke dalam periuk dan isi air. Cukup untuk menenggelamkan kerang tersebut. Masukkan serai yang telah dititik kedalam periuk bersama bahan * yang telah ditumbuk halus. Rebus bahan-bahan tersebut sehingga kerang masak.
>> Apabila kerang dah masak (kulitnya terbuka atau senang terbuka), masukkan santan, tomato serta garam dan gula dan kacau rata. Kalau warna kuningnya tak berapa menyerlah, masukkan sedikit serbuk kunyit.
>> Apabila kuah telah mendidih, sedia untuk dihidangkan ! 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

2 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.