Resepi bubur pulut hitam yang maveles
January 19, 2017
Bubur pulut hitam antara bubur manis kegemaran CN. Kalau dapat makan ni, memang tak sedar dah makan bermangkuk-mangkuk. Lagi-lagi bubur pulut hitam ni dimakan panas-panas ! Fuh, sedapnya! Meh sini CN kongsi dengan anda resepi bubur pulut hitam yang sangat mudah untuk disediakan dengan menggunakan periuk kesayangan ramai iaitu Noxxa.
Selamat mencuba !
Selamat mencuba !
Bubur bubur pulut hitam Noxxa
Resepi Bubur Pulut Hitam |
Bahan-bahan membuat bubur pulut hitam
>> 2 cawan beras pulut hitam (direndam 30 minit dan toskan)
>> 2 cawan santan
>> 4 cawan air
>> 1 cawan gula (nak sedap boleh letak gula perang)
>> Sehelai daun pandan yang diikat
>> Secubit garam
Cara-cara membuat bubur pulut hitam menggunakan Noxxa
>> Masukkan beras pulut hitam, air serta daun pandan ke dalam inner pot.
>> Tutupkan periuk dan tekan mode HP 45 minit
>> Setelah 45 minit, release kan wap dan tekan mode STIR FRY
>> Masukkan santan, gula dan sedikit garam.
>> Kacau sebati dan didihkan selama 5 minit.
>> Siap bubur pulut hitam Noxxa yang super sedap dan maveles !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
terus terasa nak makan bubur pulut hitam..nak buat la weekend ni...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.