Cara membuat nasi goreng tomyam menggunakan noxxa

January 22, 2017

Bila ada Noxxa ni memang senang hidup CN. Hari-hari bawak bekal pergi sekolah tau. Sudah tentu resepi paling mudah adalah nasi goreng. Kali ini CN ingin berkongsi dengan anda cara membuat nasi goreng tomyam menggunakan periuk Noxxa. Ketung ketang dah siap ! Jom cuba resepi nasi goreng tomyam yang sangat mudah ini. 

resepi nasi goreng tomyam, nasi goreng tomyam noxxa, cara buat nasi goreng menggunakan noxxa

Bahan-bahan nasi goreng Noxxa


1 ulas bawang besar 
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis (optional)
Beberapa ekor udang
5 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
Pes tomyam Adabi
Secubit garam
Beras di basuh dan ditoskan
Air ikut sukatan beras 

Cara-cara membuat nasi goreng Noxxa


1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi
2. Tekan mode 'STIR FRY' & ON
3. Masukkan minyak masak sedikit dan bila panas, masukkan ikan bilis. Tumis hingga garing. Bila dah garing, angkat dan asingkan.
4. Masukkan bahan tumbuk tadi dan pes tomyam. Tumis hingga pecah minyak. 
5. Kemudian masukkan beras dan air serta garam secukup rasa serta udang. 
6. Off mode STIR FRY dan tutup ketat penutup periuk Noxxa tu. (Jangan tutup penutup periuk semasa mode STIR FRY ye)
7. Tukar kepada mode 'HIGH PRESSURE' dan set kepada 7 minit.
8. Selepas masak, masukkan ikan bilis tadi. Tadaa ! Dah siap nasi goreng Noxxa!



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. Nampak amat sedap dengan udang-udang yang segar yang disediakan bersama nasi tu.

    resepi sambal nasi lemak

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.