Seronoknya bercuti ke Tokyo ditaja oleh Traveloka

December 10, 2016

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik CN dan Encik Suami bakal meraikan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 6 tidak lama lagi. Alangkah indahnya jika traveloka.com.my menaja percutian kami ke Tokyo, Jepun. Fuh ! Indahnya honeymoon lagi ke negara matahari terbit yang menjadi destinasi impian kami berdua. Lagi-lagi apabila dapat ke sana pada musim bunga. Sambil dating bawah pokok sakura sambil makan tempe goreng yang dibawa dari Malaysia ! Rare gituww...

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Gunung Fuji

5 Tempat Yang Mesti Dilawati Di Tokyo, Jepun


Negara yang terkenal dengan samurai ini mempunyai pelbagai tempat menarik yang mesti dilawati lagi-lagi di Tokyo, Jepun. Antara tempat menarik di Tokyo yang ingin CN dan Encik Suami pergi sempena meraikan ulangtahun anniversary kami adalah : 

1. Gunung Fuji
: Sudah tentu untuk honeymoon tidak sesuai memanjat gunung. Tetapi di kaki Gunung Fuji terdapat 5 tasik yang cantik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko.  Alangkah romantiknya apabila dapat dating di tempat cantik dengan pemandangan hamparan bunga pelbagai warna yang sangat indah. 

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Odaiba

2. Odaiba
: Odaiba adalah pulau buatan manusia yang terletak di Tokyo Bay. Di Odaiba terdapat pelbagai rekaan bangunan yang menarik dan canggih seperti replika transformers. Fuh! Kalau CN & Encik Suami bergambar dengan replika ni, confirm Irfan Hensem akan jeles dan merajuk 2 jam ! Hehehe

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Harajuku

3. Harajuku 
: Harajuku merupakan pusat peragaan fesyen remaja yang paling extreme di Jepun. Disini terdapat banyak butik pakaian yang terkenal yang menjual pelbagai jenis pakaian yang unik dan aneh. Paling menarik sudah tentu pada setiap hari ahad, golongan remaja akan berkumpul di Takeshita Street sambil mengenakan pakaian cosplay yang menyerupai watak anime dan sebagainya. Nanti boleh berselfie dengan budak-budak ni sambil menggunakan hashtag #KoGhaser

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Yoyogi Park

4. Yoyogi Park
: Taman terbesar di Tokyo ini amat terkenal sebagai tempat untuk beriadah dan berkelah, Sudah tentu CN dan Encik Suami mesti datang ke sini sambil jalan-jalan menikmati pemandangan indah tasik, jambatan tradisional dan pelbagai jenis pokok yang cantik. Nak macam hindustan sikit, boleh lari-lari di bawah pokok sakura sambil say "I love you, you love me"..awwww

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Tempah hotel di Traveloka

5. Tokyo Disneyland
: Tokyo Disneyland adalah sebuah taman tema yang dibina berdasarkan filem yang dihasilkan oleh Walt Disney. Terdapat pelbagai tarikan menarik di Tokyo Disneyland yang awesome dan sudah tentu tidak cukup sehari di sini. Lagi best jika stay di Tokyo Disneyland Hotel dengan cara menempah di Traveloka sebelum datang ke sini. Lagi best jika Traveloka sponsor ! Baru la honeymoon gituw..


Semoga murah rezeki CN dan Encik Suami kali ini dapat menyambut anniversary perkahwinan kami yang ke 6 di Tokyo, Jepun ditaja oleh traveloka.com.my. Bukan sekadar 5 tempat di atas sahaja yang ingin CN dan Encik Suami pergi, ada banyak lagi sebab Tokyo merupakan bandar besar yang mempunyai pelbagai tarikan menarik. Sudah tentu wajib pergi ke Shinjuku, Ueno, Tokyo Skytree dan banyak lagi. Bestnya jika percutian ini adalah PERCUMA hadiah dari Traveloka. Indahnya dunia...

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Tempah tiket penerbangan dan hotel di Traveloka

Tempah tiket penerbangan dan hotel di Traveloka


Dari tadi CN asyik duk cerita tentang traveloka je, tahukah anda apa itu traveloka? Traveloka merupakan satu lamanweb yang membolehkan anda menempah tiket penerbangan dan hotel secara online. Paling menarik sudah tentu harga yang ditawarkan adalah berpatutan lagi-lagi jika anda menempah hotel sempena hujung tahun ni. Ada diskaun sehingga 74% tau ! Sangat berbaloi. 

Ada banyak lagi promosi menarik di hujung tahun ni tau. Jangan risau tentang perancangan last minute, semua boleh setle hanya di hujung jari !

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Pelbagai diskaun untuk hotel sehingga 74% !!

Ingin percutian anda ditaja oleh Traveloka?


Jadi apa tunggu lagi. Jom sertai pertandingan yang dianjurkan oleh traveloka.com.my dan menangi percutian idaman anda secara PERCUMA ! 

#MyTravelokaEscapade

bercuti ke tokyo, tempah hotel di traveloka, tempah tiket penerbangan di traveloka, tempat menarik di tokyo
Tekan banner untuk sertai Pertandingan Percutian Idaman Anda PERCUMA oleh Traveloka


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

  1. Mmg salah satu tempat idaman MF nak pergi juga ni... Tapi nak lawat Malaysia dulu...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.