RM22 untuk buffet steamboat di Shah Alam?

December 18, 2016

Hah! Jangan terkejut tau dengan harga super murah yang boleh didapati di Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam. Sempena meraikan adik bongsu CN yang datang ke Banting cuti sekolah ni, balik je dari Forum Blogger di PWTC, kami terus ke Seksyen 13 Shah Alam untuk 'makan besar'. Cik Mijah iaitu adik CN yang tinggal di Shah Alam pun join bawak anak-anaknya yang kecoh tu. Memang best makan besar di D'Kayangan Steamboat&Grill ni, puas hati sangat !

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Steamboat murah Shah Alam

Lebih 199 hidangan makanan di Dkayangan Steamboat & Grill


Paling best sudah tentu Steamboat BBQ Buffet D’Kayangan ini menyediakan lebih 199 jenis hidangan. Pengunjung diberi 2 pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk mereka nikmati bersama-sama aneka makanan laut yang segar. Faveret kami sekeluarga sudah tentu tomyam. Rasa kuah tomyamnya tak berapa pedas sampaikan Irfan menambah 2 kali makan mee tomyam tau. 

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Steamboat murah Shah Alam 

Pilihan yang tersedia tentunya udang, ketam, kupang, kepah, kerang, sotong, isi ikan, bamboo lala dan banyak lagi. Pelbagai bebola, sayur-sayuran, aneka mee dan juga fucuk turut disediakan untuk pilihan pelanggan. Terdapat juga pelbagai pilihan sos yang dibuat sendiri oleh Chef seperti Sos Cili Pedas, Sos Cili Thai, Sos Manis, Sos Bawang Putih, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam-macam lagi. CN suka Sos Yong Tau Foo yang pedas-pedas gituw, memang puas hati. 

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Pelbagai pilihan seafood dan bebola

Menu grill juga mempunyai pelbagai pilihan dengan perapan istimewa ayam / daging, udang, sosej, ketam, ikan dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada Cili Giling, Bawang Putih, Lada Hitam dan beberapa rempah-ratus herba yang lain bagi menaikkan lagi rasa dan bau perapan tersebut. Diantara menu grill yang disediakan adalah seperti Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Squidward, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Pari Perry dan macam-macam lagi. 

Sate ikan antara faveret CN, sedap sangat ! Cubalah

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Menu grill yang super sedap

Kambing panggang juga turut disediakan dan menjadi pilihan serta sambutan pelanggan-pelanggan yang berkunjung. Daging kambing ini dipanggang menggunakan arang BBQ yang mampu membangkitkan lagi aroma dan rasa kambing panggang tersebut. Dihidangkan bersama sos lada hitam dan sos cendawan resepi yang disediakan khas oleh Chef bagi menambahkan lagi kelazatan kambing panggang tersebut. 


cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill

Selain itu, ada juga makanan sampingan seperti mee goreng & nasi goreng untuk pelanggan seperti Encik Suami yang sentiasa mencari nasi! Hehehe...Hah ! D'Kayangan Steamboat&Grill juga menyediakan pelbagai pilihan desert yang menarik seperti aneka buah yang segar yang menjadi kegemaran Dhia Zahra, aneka kek yang sedap, ais krim, ais kepal dan abc. Kalau ikutkan hati memang takmo balik, nak makan je, tapi Dhia Zahra mengamuk nak tidur, terpaksalah pulang..

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Melayan anak-anak yang asyik nak ais krim & ais kepal je

Makan besar bersama keluarga di D'Kayangan Steamboat& Grill


Dengan ruang makan yang santai, restoran ini boleh menampung sehingga 400 orang dalam satu masa iaitu seramai 180 orang dibahagian penghawa dingin dan 220 orang di bahagian ruang terbuka. Terdapat juga kemudahan seperti tandas, surau perempuan dan lelaki yang selesa dan juga tempat letak kereta yang luas. Memang sesuai sangat untuk aktiviti seperti makan besar bersama keluarga, sambutan birthday serta jamuan korporat. 


cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill

Anak-anak CN dan Cik Mijah juga bebas bergerak untuk mengambil aiskrim lagi, lagi dan lagi. Melampau betul budak-budak ni bila nampak tong ais krim besar tu, asyik nak ais krim je ! 

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Irfan & Afiq yang asyik menikmati ais krim
cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
CN pun suka sangat airkrim nya, sedap !! Tengok Dhia Zahra asyik makan buah sampai tak pandang kiri kanan..hehe

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Kusyuk Dhia Zahra makan buah

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
Wajib welfie hokayy

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill
CN & Encik Yunus iaitu Pengurus Dkayangan Steamboat & Grill

Harga Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan yang berbaloi


Harga buffet yang ditawarkan amat berpatutan iaitu hanya RM 33.00+ bagi dewasa dan RM 18.00+ bagi kanak-kanak yang berusia 5 – 11 tahun. Tapi PROMOSI sempena “Sunday Family Day” bermula pukul 11 pagi hingga 3 petang setiap hari Ahad, harga yang dikenakan kepada pelanggan adalah cuma RM 22.90+ bagi dewasa dan RM9.90+ bagi kanak-kanak berusia 5-11 tahun.

Dibandingkan dengan tempat lain, D'Kayangan Steamboat&Grill sangat murah pada harga promosi. Pastikan luncheon Ahad anda disini ye, lepas penat shopping di pasar stadium boleh terus lunch dengan harga promosi yang sangat berbaloi.

cerita review, steamboat murah shah alam, steamboat & grill shah alam, steamboat & grill murah, dkayangan steamboat&grill

Hubungi D'Kayangan Steamboat&Grill untuk tempahan:

012-2971091
017-5076274
03-55234979


Lokasi Dkayangan Steamboat & Grill Shah Alam




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. sedapnya makan steambot.. harga pun ok..
    nnt free boleh pergi try.. =)

    ReplyDelete
  2. sedapnya makan steamboat.. harga pon ok..
    nnt free boleh pergi try.. =)

    ReplyDelete
  3. tempat ni ai tahu , sebab pernah pergi gak...memang sedap2....kambing panggang kalau ada kena cepat2 grab kalau tak melepashhh ....

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.