Mahalnya untuk masuk ke neraka

December 09, 2016

Macam mana masuk neraka kena bayar?

mahalnya masuk neraka, masuk syurga percuma, salam jumaat


Seorang bapa berkata kepada anaknya, "Tahukah kamu bahawa nak masuk syurga ini percuma dan kalau nak masuk neraka kena bayar?"

Jawab anaknya, "Macamana masuk neraka kena bayar?"

Jawab bapanya,
✔ Bukankah nak berjudi kena bayar?
✔ Bukankah nak minum arak kena bayar?
✔ Bukankah nak merokok kena bayar?
✔ Bukankah masuk pub kena bayar?
✔ Bukankah berjalan-jalan ke tempat maksiat kena bayar?

Wahai anakku! Ketahuilah bahawa masuk syurga itu percuma. Allah SWT telah memberimu modal yang sangat banyak.

✔ Jika nak solat, kita tak perlu bayar
✔ Jika nak puasa, kita tak perlu bayar
✔ Jika beristighfar, kita tak perlu bayar
✔ Jika berzikir, kita tak perlu bayar

Bukankah mahu ke syurga ini mudah dan percuma

Sumber : Jubah Muslimah


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

5 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.