Hasil kerja kanak-kanak 4 tahun
December 12, 2016
Sempena cuti sekolah ni, ada pelbagai aktiviti CN bersama anak-anak khususnya anak bujang CN, Irfan Hensem yang akan bersekolah tahun depan. Alhamdulillah, jika sebelum ni memang comot hasil kerja seni terutama mewarna Irfan, tapi bila selalu diajar, dah semakin kemas.
Sudah tentu buku mewarna faveret Irfan adalah dari koleksi Disney.
Perkembangan kanak-kanak 4 tahun
Tahukah anda apakah ciri-ciri perkembangan yang sepatutnya untuk kanak-kanak berumur 4 tahun?
Perkembangan kognitif kanak-kanak 4 tahun
>> Rasa ingin tahu yang amat mendalam yang diikuti minat untuk mencuba perkara yang baru.
>> Boleh mengenal unsur persamaan, perbezaan dan corak.
>> Boleh mengetahui warna-warna yang terdapat disekelilingnya.
>> Boleh membuat pengecaman dan menyenaraikan ciri-ciri.
Perkembangan emosi kanak-kanak 4 tahun
>> Boleh menunjukkan perasaan kasih sayang dengan kata-kata.
>> Mula menunjukkan perasaan malu.
>> Mengenali perasaan sendiri dan dapat mengawal perasaan.
>> Memahami perasaan orang lain dan tahu memberi respon yang betul.
>> Mula mempelajari cara untuk mengawal diri (disiplin) dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa.
Perkembangan sosial kanak-kanak 4 tahun
>> Mula menyedari diri sebagai seseorang individu dan sebahagian daripada masyarakat.
>> Tahu bagaimana menyesuaikan diri dalam keluarga dan ketika bersama kawan.
>> Mula membina perhubungan positif dengan kanak-kanak lain dan orang dewasa
>> Boleh bekerjasama semasa bermain menunggu giliran dan berkongsi mainan.
>> Mula mempengaruhi rakan sebaya dari segi sikap dan imej diri.
>> Mempelajari cara meneroka sesuatu pengalaman pembelajaran dengan meniru orang dewasa dan kanak-kanak lain.
Perkembangan fizikal kanak-kanak 4 tahun
>> Boleh naik tangga tanpa pertolongan serta dapat menukar kaki semasa menaiki tangga.
>> Mereka gemar membina blok atau bongkah-bongkah menjadi menara.
>> Menunjukka peningkatan guna kawal crayon dan marker semasa melukis.
>> Boleh melompat melalui objek yang tinggi iaitu 5 – 6 inci dengan kedua-dua belah kaki.
>> Boleh memegang crayon atau pen dengan baik.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
memang time ni.. fasa diorang suka melukis,warna, tulis,conteng kann ...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.