Anak kuat dari dalam dengan Friso Gold
December 01, 2016
Pernah dengar tentang Friso Gold? Ok, CN nak kongsi dengan anda kebaikan Friso Gold, susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang 100% diimport daripada Holland yang memberikan semua nutrient penting kepada kanak-kanak untuk membesar dengan baik dan kuat agar mereka dapat terus mengalami pelbagai pengalaman menarik bersama anda setiap hari. Apa yang paling penting adalah Friso Gold mempunyai 6 khasiat penting didalamnya termasuklah GOS, Vitamin B6, Vitamin C , Selenium, Zink (amat penting untuk pertumbuhan), DHA & AA dimana ianya dihasilkan oleh alam semulajadi dan ditambah baik dengan sains. Malah Friso Gold memastikan penjagaan di setiap langkah dalam proses untuk memberikan nutrisi kepada anak anda.
Anak kuat dari dalam dengan Friso Gold |
Tahukah anda bahawa Friso Gold yang baru dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri yang membantu mengekalkan nutrien dalam struktur asal sewaktu proses pengeluaran, supaya mudah diserap tubuh dan senang dihadamkan. Disebabkan itu, apabila anak anda minum susu Friso Gold, proses penghadamannya akan menjadi lancar dan mudah.
Protection Lid pada Friso Gold
Paling menarik tentang susu Friso Gold yang ingin CN kongsikan dengan anda adalah tentang protection lid pada tin susu ini. Friso Gold merupakan satu-satunya susu tepung rumusan yang mempunyai packaging yang menarik sebab ianya datang dengan protection lid supaya penyedian susu kepada anak anda akan menjadi lebih mudah, bersih, serta kandungan susu lebih selamat di dalam tin kerana packaging Friso Gold mempunyai tight seal. Jadi tiada masalah susu masuk angin atau semut datang menyerang. Best kan?
Anak sihat dari dalam dengan Friso Gold
Bagaimanakah anda memastikan anak anda kuat dari dalam? Salah satu adalah memberikan mereka susu Friso Gold. Dengan kandungan semua nutrient penting di dalam nya, susu Friso Gold membantu anak CN iaitu Irfan Hensem untuk membesar dengan baik dan kuat agar dia dapat terus mengalami pelbagai pengalaman menarik bersama CN setiap hari. Sudah tentu dengan badan yang sihat, pelbagai aktiviti menarik mampu kami berdua lakukan bersama.
Anak kuat dari dalam dengan Friso Gold |
Antara aktiviti luar rumah Irfan
Ingat ye, apabila anak kuat dari dalam, pelbagai aktiviti luar rumah mampu dia lakukan. Ini antara aktiviti luar rumah Irfan yang ingin CN kongsikan. Ada banyak lagi tau aktiviti menarik yang Irfan buat, takut nanti terlalu panjang pulak entry CN ni ! Hehehe
1. Bermain dengan keldai di Taman Botani Shah Alam
2. Bermain di taman setiap hujung minggu bersama sepupu
4. Menjadi ahli RELA paling muda ! Okay, ini tipu. Irfan cuma teman atuk bertugas sebagai ahli RELA je..hehe
Kesimpulannya, apabila kanak-kanak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badannya akan bertambah baik. Apabila anak anda kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama anda! Jadi, berikan anak anda susu Friso Gold supaya lebih banyak lagi aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama tersayang !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
bagus jugak susu ni...
ReplyDeletePernah cuba tapi anak tak berapa suka..terpaksa cari produk lain yg ada flavour coklat huhu
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.