Resepi murtabak maggi versi berasap di mulut

November 17, 2016

Tiba-tiba tekak teringin nak makan murtabak maggi. Jadi ketung-ketang la di dapur menyediakan hidangan yang simple dan mudah disediakan ini. Sebenarnya sangat mudah untuk sediakan murtabak maggi ni tau. Ada sesetengah orang tidak masukkan perencah maggi ke dalam murtabak mereka, tapi bagi CN lagi sedap bila dimasukkan perencah, baru la kari kan? 

Meh cuba resepi murtabak maggi CN versi berasap di mulut sebab CN masukkan cili padi yang dipotong halus. Sedap tau ! 

resepi murtabak maggi, murtabak maggi pedas, murtabak maggi
Murtabak maggi sebagai bekal ke sekolah

RESEPI MURTABAK MAGGI AYAM


Bahannya membuat murtabak maggi ayam


  • 1 peket Mee Maggi Perisa Kari
  • 100 g isi ayam cincang
  • 1 biji bawang besar dicincang halus
  • 4 biji cili padi (bergantung kepada tahap kepedasan yang disukai)
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 biji telur
  • sedikit daun bawang dan sup dicincang halus
  • Minyak 

Cara-cara membuat murtabak maggi ayam


  1. Celur mee maggi tanpa perencah selama 2 minit, kemudian toskan dan ketepikan
  2. Goreng isi ayam cincang, angkat dan ketepikan.
  3. Pukul telur didalam mangkuk, kemudian masukan ayam cincang yang digoreng tadi, bawang, daun sup, cili padi serta perencah maggi secukup rasa dan gaul mesra.
  4. Selepas tu masukan mee maggi yang dicelur tadi dan gaul sebati.
  5. Kemudian panaskan minyak masak sesudu besar didalam kuali, goreng murtabak mengikut saiz yang dikehendaki. Macam CN suka saiz 4 segi macam murtabak yang jual dekat pasar malam tu. 
  6. Hidang ketika panas. 

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. PNH BUAT NI TP X MJADI :( HAHAHAHA

    ReplyDelete
  2. murtabak maggi...

    dah pernah cuba...tapi tak kena dengan selera....mungkin lebih suka maggi goreng hehehe

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.