Rahsia menjadikan seterika MURAH berfungsi seperti seterika MAHAL

November 09, 2016

Seterika baju merupakan perkara yang paling tak disukai oleh CN tapi mesti buat sebab CN tak selesa dengan baju yang berkedut. Memang beruntung jika anda mempunyai seterika mahal seperti Philips PerfectCare Aqua, tapi faham-faham jela harganya yang "Ya ampun!". Disini CN ingin berkongsi dengan anda rahsia menjadikan seterika murah berfungsi seperti seterika mahal. Bagaimana caranya?

Kredit kepada Persatuan Muafakat Johor yang berkongsi tips mudah seterika baju ini, sangat mudah dan jimat ! 


Tips Mudah Seterika Baju


1. Anda hanya perlukan papan seterika, kertas aluminium, kain cotton dan stapler gun. 

tips mudah seterika baju, tips mudah iron baju, cara mudah iron baju,

2. . Okay, mula-mula balut papan seterika dengan kertas aluminium. Mana nak dapatkan kertas aluminium tu, ada dijual di semua pasaraya ye. CN biasa guna kertas aluminium ni untuk bakar ikan! Hehe

tips mudah seterika baju, tips mudah iron baju, cara mudah iron baju,

3. Kemudian, balutkan pula kain cotton atas kertas aluminium tadi. Kemaskan dengan stapler gun. 

tips mudah seterika baju, tips mudah iron baju, cara mudah iron baju,

4. Hah ! Dah siap ! Cantik kan?

tips mudah seterika baju, tips mudah iron baju, cara mudah iron baju,

5. Hasilnya anda tak perlu gosok bahagian belakang.  

tips mudah seterika baju, tips mudah iron baju, cara mudah iron baju,

6. Bahagian belakang automatik rata kerana kertas aluminium itu pemantul haba yang baik ! 

tips mudah seterika baju, tips mudah iron baju, cara mudah iron baju,

Jangan lupa mencuba ye. CN dah paksa adik-adik di kampung buatkan. Dah tak payah susah payah bawak balik iron Philips CN yang besar gedabak tu. Jimat sangat ! 

Selamat mencuba tips mudah seterika baju ini!



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Wah..kena try ni buat kat rumah... :D

    ReplyDelete
  2. Wah.. terbaik!!! Esok gak nak minta suami buatkan... Hehe... Boormak entry ni nak tunjuk kat suami...

    ReplyDelete
  3. Bagus tips ni...nak buat la..ok first step cari bahan2 dulu

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.