Cara penyediaan unik kopi Homemademarket

November 22, 2016

Siapa pencinta kopi sila angkat tangan !! CN adalah seorang dari golongan pencinta kopi ni. Sudah tentu yang paling menggoda tentang kopi ini adalah baunya yang semerbak. Suka sangat bila dapat parcel dari HomemadeMarket ni, tak buka lagi parcel dah bau kopi yang sangat harum ! HomemadeMarket ini menyediakan pelbagai jenis makanan tradisi yang unik. Salah satunya adalah Obviously Coffee Bean. 

homemademarket, obviously coffee bean, cara penyediaan kopi yang unik, cara menyediakan kopi obviously coffee bean


Obviously Coffee Bean dari Homemademarket


Parcel harum dengan bau kopi semerbak ini mempunyai 3 sachet pelbagai jenis kopi dari Obviously Coffee Bean iaitu Ethiopia, Elsalvador dan Indian Monsooned Malabar. Uniknya tentang kopi ini adalah cara penyediaan yang agak istimewa. Cara-cara pembuatan kopi ini disediakan di belakang bungkusan. Arahan dengan gambar memang mudah diikuti. Kalau anda masih tidak faham, meh sini CN berkongsi cara menyediakan kopi dari Obviously Coffee Bean


homemademarket, obviously coffee bean, cara penyediaan kopi yang unik, cara menyediakan kopi obviously coffee bean


Cara Penyediaan Kopi Elsavador dari Obviously Coffee Bean


Kali ini CN ingin cuba buat kopi Elsavador disebabkan namanya yang 'canggih' gituww. Sudah tentu CN agak eksited nak cuba rasa kopinya. 

Jom kita cuba buat kopi O Elsavador cara Obviously Coffee Bean

1. Mula-mula, koyak bungkusan ini dan anda akan dapat lihat 1 sachet kopi dengan pemegangnya. Letak kedua-dua pemegang pada hujung kole/cawan. 

homemademarket, obviously coffee bean, cara penyediaan kopi yang unik, cara menyediakan kopi obviously coffee bean
 2. Koyakkan hujung sachet tersebut dan anda akan dapat lihat serbuk kopi yang harum semerbak.
homemademarket, obviously coffee bean, cara penyediaan kopi yang unik, cara menyediakan kopi obviously coffee bean
3. Tuang ais panas yang baru mendidih terus ke dalam sachet tersebut sedikit demi sedikit supaya serbuk kopi tidak tertumpah.

homemademarket, obviously coffee bean, cara penyediaan kopi yang unik, cara menyediakan kopi obviously coffee bean
4. Campurkan bersama gula ikut citarasa anda. Tara ! Dah siap kopi O Elsalvador ! Hmmm..sedapnya !
homemademarket, obviously coffee bean, cara penyediaan kopi yang unik, cara menyediakan kopi obviously coffee bean

Berminat untuk mencuba kopi unik Obviously dari Homemademarket?


Layari :

Facebook : HomemadeMarket
Lamanweb : http://www.homemademarket.com.my/


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Dapat bau pun dah segar, lagikan kalau dah minum... Slurrrrp

    ReplyDelete
  2. uiittt...sedapnya kopi,....haah ek..memang unik

    ReplyDelete
  3. READY PACKING MACAM TU KA?? WAHH UNIK DAN SENANG

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.