Wangian Syahirah Vitalis yang unik untuk wanita elegen
October 28, 2016
Baru-baru ini, Syahirah telah melancarkan
koleksi wangian terbarunya di Malaysia – Syahirah
Vitalis Eau De Cologne. Haruman yang memiliki keunikan tersendiri ini pasti
membuatkan orang di sekeliling menoleh kepada anda, terpana sekaligus mencipta memori
manis mengenai anda, chewah ! Hah, Syahirah Vitalis
Eau De Cologne merupakan haruman yang menjadikan anda wanita yang memiliki haruman
tersendiri dan menyerlah berbanding wanita lain.
Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri
hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor,
menepati imejnya. Selepas diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya menjadi haruman
pilihan nombor satu yang mana kesemua haruman terpilih berdasarkan trend
terkini daripada wangian berjenama antarabangsa. Sentuhan elegan dan glamornya
juga bakal mendominasi pasaran di Malaysia.
Koleksi Terbaru Minyak Wangi Syahirah
Hanya semburkan
sedikit haruman Syahirah
Vitalis Eau De Cologne pilihan
anda daripada botolnya yang elegan bagi meraih keyakinan dan daya penarik untuk
kekal menyerlah. Syahirah
Vitalis Eau De Cologne juga diperakui
Halal oleh Majelis Ulama Indonesia (MUI), menjadikan ia selamat untuk digunakan
pengguna beragama Islam. Rangkaian Syahirah
Vitalis Eau De Cologne diolah dengan warna-warna berani dan terang bagi membezakannya
mengikut karakter tersendiri. Setiap semburan pasti membuatkan anda mampu untuk
“serlahkan pesona muraih bintangmu”. Koleksi wangian terbaru ini hadir dalam empat
haruman yang tersendiri serta mengikut karakternya iaitu:
1. Haute
Couture
Percaya pada diri bersandarkan keyakinan tinggi merupakan asas pertama dalam
mendepani cabaran harian bagi meraih kejayaan. Kombinasi haruman bunga-bungaan,
kayuan dan dedaunan kehijauan di dalam Haute Couture menyerlahkan kesegaran dan
kecantikan dalaman yang membantu menggandakan keyakinan diri bagi mencapai kejayaan
dalam hidup.
2. Femme
Chic
Kombinasi haruman buah-buahan dan bunga-bungaan eksotik meliputi kemanisan
nektar, mangga dan strawberi bersama jambangan bunga menawan serta adunan kesturi
vanila yang sensual pasti meninggalkan haruman yang berpanjangan. Ia melambangkan
nilai elegan, tidak hanya dinilai berdasarkan busana mewah yang disarungkan, malah
turut diserlahkan menerusi kecantikan aura dalaman diri anda.
3.Celebrite
Haruman dengan esen bunga-bungaan dan buah-buahan ini akan membuatkan anda
menjadi tumpuan orang di sekeliling dengan aromanya yang unik sekaligus membolehkan
anda mengejar impian dalam menjadi persona hebat ketika melangkah di karpet merah
dan menjadi bintang popular. Karakter anda sebagai wanita popular akan menyerlah
dalam setiap semburan, membebaskan sisi dalaman anda sebagai seorang bintang kepada
dunia.
4.Glam Star
Haruman yang melambangkan nilai glamor, ceria dan pesona yang
menyenangkan apabila menjadi tumpuan ramai atau individu yang menghidupkan kerancakan
sesebuah parti. Terdiri daripada esen-esen bunga-bungaan dan buah-buahan hijau segar,
wangian ini akan menjadikan anda tumpuan ramai dan kelihatan glamor di
mana-mana acara social ataupun ke mana sahaja anda melangkah dalam kehidupan seharian.
Syahirah
Vitalis Eau De Cologne dijual pada harga
RM19.90 untuk botol bersaiz 100ml dan boleh didapati di semua pasar raya besar,
pasar raya dan farmasi utama. Dapatkan segera untuk “serlahkan pesonamu, raih bintangmu”.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
3 comments
wahhhh...dah siap dah...cepatnyaaaa...best gak bau dia kan?
ReplyDeletepaling suke bau femme chic.. :)
ReplyDeleteBonde suka sekali... baunye harum semerbak!
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.