Selangor Agrofest Morib 2016

October 24, 2016

Selangor Agrofest 2016 telah berlangsung di Pantai Morib dari 20 hingga 23 Oktober. Pelbagai aktiviti menarik ada disana. CN sempat ke sana pada hari terakhir iaitu 23 Oktober. Hari kemuncak Selangor Agrofest dan sangat ramai orang yang datang. Mujur cuaca tak berapa panas, Baby Dhia dan Irfan Hensem pun tak meragam. Lega makk..

selangor agrofest, agrofest morib, karnival ekspo pertanian

Terdapat pelbagai aktiviti menarik di sana. Sudah tentu ada jualan pelbagai hasil tanaman dan anak-anak pokok. Paling CN suka adalah pameran pelbagai jenis haiwan ternakan. Baby Dhia eksited tengok kambing biri-biri yang gebu gebas, ingat nak bergambar dengan kambing biri-biri, cuma berharga RM5 sahaja. Tapi Irfan pulak buat perangai takut dengan kambing tu, sabo jela. 

selangor agrofest, agrofest morib, karnival ekspo pertanian
Baby Dhia eksited tengok kambing biri-biri

Ada juga pameran lembu 'sado'. Memang sado-sado ! Pameran haiwan peliharaan juga ada tau seperti arnab dan ular! Anak bujang CN apa lagi, penakut betul, dengan arnab pun geli ! Sebijik macam mama dia ! Hehehe

selangor agrofest, agrofest morib, karnival ekspo pertanian

Di Selangor Agrofest juga dipamerkan pelbagai hasil tanaman. Geram je tengok cili gemok-gemok dalam gambar CN di bawah ni. Tengoklah Irfan tu, tak sporting nak bergambo. Baby Dhia macam biasa, terlebih eksited !

selangor agrofest, agrofest morib, karnival ekspo pertanian

Rangka Ikan Paus Yang Terdampar Di Pantai Morib

Antara yang menjadi tarikan ke Selangor Agrofest Morib 2016 ini sudah tentu rangka ikan paus yang pernah terdampar di Pantai Morib suatu ketika dulu turut dipamerkan disini. Irfan Hensem siap cakap 'dinosour'! Hehehe

selangor agrofest, agrofest morib, karnival ekspo pertanian
Bergambar bersama rangka ikan paus

Memang mencabar bila datang ke Selangor Agrofest Morib ni dengan anak-anak yang super aktif. Balik je terus tido sebab letih ! Hahaha

selangor agrofest, agrofest morib, karnival ekspo pertanian
'Benda' apa ye ni? Irfan Hensem takut betul ! Hehe


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

2 comments

  1. Suka kalau ada agrofest ni.
    Kalau dekat mesti pegi.

    ReplyDelete
  2. Anak aku sorang je pun dah penat layan superaktif..nk kesini mmg satu cabaran hahaha

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.