Resepi rempenyek rangup super sedap

October 08, 2016

Rempeyek atau ada orang sebut tempeyek memang sedap dimakan pada bila-bila masa sahaja. Lagi-lagi rempeyek kacang dan ikan bilis yang super rangup tu, tak sedar dah nak habis bila dah mula makan. Seingat CN kali terakhir CN buat rempeyek kacang dan ikan bilis ni masa zaman anak dara dulu. Sekarang? Memang bercinta la sebab ada 'askar' yang sentiasa membantu. Tapi kan saja-saja la CN nak simpan resepi rempeyek kacang dan ikan bilis super rangup ni dalam blog kot-kot bila ada masa boleh buat. Senang simpan resepi dalam blog sebab tak hilang, insyaAllah. 

resepi, rempeyek kacang dan ikan bilis

Terima kasih kepada empunya resepi www.blogopsi.com. Ada pelbagai lagi resepi-resepi menarik di blog tersebut. Terjah la ye.

Resepi Rempeyek Kacang & Ikan Bilis


Bahan-bahan membuat rempeyek kacang dan ikan bilis

  • 100 gram ikan bilis - dibelah 2 
  • 1/2 kg kacang tanah
  • 1 bungkus tepung beras
  • 1 biji kelapa - 5 cawan santan cair (sebaiknya buat lebih sebab akan digunakan tambahan santan cair)
  • 1 bungkus kecil ketumbar - kisar
  • 1 bungkus kecil jintan manis - kisar
  • 1 bungkus kecil jintan putih - kisar
  • 1 sudu teh kapur makan
  • 1 sudu teh gula
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara membuat rempeyek kacang dan ikan bilis


1. Bersihkan kemudian toskan kacang tanah hingga kering. bila masih lembab nanti kacang tanah kurang rangupnya. basuh rempah-rempah dan kisar kasar selepas tu ketepikan

2. Siapkan bekas atau mangkuk kemudian masukan semua bahan kisar bersama kapur makan, gula, garam, dan tepung beras kemudian gaul sehingga sebati. masukan santan dan adun bahan tadi sehingga kelihatan cair dan jika masih terlalu pekat boelh tambahkan santan lagi.

3. Anggaran bancuhan macam adunan lempeng dadar dan jika nak mula menggoreng, buat 1 mangkuk yang lain untuk mudah kita jaga cair atau pekat bancuhan tadi. bila adunan agak pekat tambahkan santan dari masa kemasa.

4. Ambil sesudu bancuhan kemudian masukan ikan bilis dan kacang tanah di dalam sudu dan layangkan ke tepi kuali. 

5. Biar lebih kurang 1 minit selepas terbalikan rempeyek. agar rempeyek tidak gosong masak menggunakan api sederhana sahaja. jika permukaan kacang sudah kecoklatan baru terbalikan.

6. Akhir, sekali bila kacang tanah sudah garing, angkat dan toskan rempeyek tersebut. bila hendak menyimpan tunggu hingga sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.