Resepi bubur nasi ikan tenggiri untuk si kecil anda

October 31, 2016

Seronok tau bila tengok si kecil berselera makan. Disebabkan Baby Dhia dah masuk 7 bulan, CN cuba pelbagaikan makanannya supaya tidak bosan dan si kecil juga turut eksited untuk makan. Kali ini CN gabungkan nasi, ikan tenggiri dan daun seleri. Pergh ! Baunya memang semerbak. Baby Dhia memang suka sangat bubur ikan tenggiri ni. Meh CN share resepi bubur ikan tenggiri yang sangat simple ni.

Resepi Bubur Ikan Tenggiri


resepi makanan bayi, resepi bubur ikan tenggiri

Bahan-bahan membuat bubur ikan tenggiri


Setengah pot beras (CN buat banyak untuk simpanan stok)
Sepotong ikan tenggiri
Sebatang seleri dipotong-potong


Cara-cara membuat bubur ikan tenggiri


1. Masukkan beras yang telah dibasuh ke dalam inner pot Periuk Noxxa. Letakkan 4x ganda air dari sukatan beras tadi. Masukkan ikan tenggiri yang telah dibasuh dan dipotong serta daun seleri.

2. HIGH PRESSURE 20 minit. Hasilnya seperti gambar di bawah.
p/s : Sila maafkan kemalasan CN untuk potong kecil-kecil daun seleri tu ye.


resepi makanan bayi, resepi bubur ikan tenggiri

3. Buang tulang ikan tenggiri. Kemudian blender halus. Hasilnya adalah seperti gambar pertama di atas. Gebu je dan putih bersih.

4. Kemudian masukkan bubur ikan tenggiri yang telah diblender tadi ke dalam bekas kecil-kecil untuk disimpan di dalam freezer.

5. Bila hendak dimakan, cairkan dulu dan rendam di dalam air panas. Kalau malas boleh je panaskan sekali dengan nasi di dalam periuk nasi ! Hehehe.

6. Boleh tambah bersama susu ibu. 

Selamat mencuba bubur nasi ikan tenggiri yang super lemak dan wangi ni !


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

5 comments

  1. sedaplaa baby makan kan CN ada rasa ikan tenggiri :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap rasa lemak2 ikan tenggiri tu, sbb tu Baby Dhia suka ;)

      Delete
  2. Kena tunggu 4 bulan lagi baru blh main masak-masak gini...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.