Nasi lemak buluh Olak Lempit yang sangat sedap!
October 14, 2016
Hari Jumaat CN memang suka pergi ke pasar malam Bukit Canggang mencari ayam panggang yang super sedap. Balik dari pasar malam haruslah singgah ke Shuib Nasi Lemak Buluh yang terletak di Olak Lempit, Banting. Special tau, nasi lemak dimasak di dalam buluh. Sangat lembut dan wangi ! Harga pulak murah. Adoi, lapar balik bila tengok gambar nasi lemak buluh ni !
Shuib Nasi Lemak Buluh
Gambar yang sempat CN snap cuma nasi lemak buluh telur mata ye, nasi lemak buluh ayam goreng tak sempat snap sebab berperang dengan 2 'askar' yang super aktif ni. Tengoklah si kecik ni, atas meja pun boleh merangkak tau. Si abang pulak sibok nak henpon CN, macam manalah nak jadi blogger makanan macam ni. Nak snap gambo pun susah ! Hehehehe
Harga menu di Shuib Nasi Lemak Buluh
Harga nasi lemak buluh di sini murah je. Berbaloi la dengan rasa yang sangat sedap sampai terasa-rasa di tekak ni hah !
Nasi lemak buluh biasa : RM2.50
Nasi lemak buluh telur mata : RM3.50
Nasi lemak buluh sambal sotong : RM5.00
Nasi lemak buluh sambal udang : RM5.00
Nasi lemak buluh ayam goreng : RM6.00 (recommended sebab portion ayamnya besar dan cruncy)
Nasi lemak buluh puyuh goreng : RM6.50
Nasi lemak buluh rendang kerang : RM8.00
Nasi lemak buluh rendang ayam : RM8.00
Ingin mencuba Shuib Nasi Lemak Buluh?
Kedai Shuib Nasi Lemak Buluh ini tepi jalan je. Memang senang nampak. Nak parking pun senang.
Alamat : No. 6, Kedai Mara, Jalan Seribu Tahun, Kampung Olak Lempit, 42700 Banting, Selangor
(Bersebelahan dengan Western Seconditem Burger Banting)
Hp : 017-6840547
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
Menarik... Boleh la pergi nanti bila2 g umah kak ipar kat Jenjarom tuh...
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.