Manjakan diri dengan NIVEA Skin Delight Body Milk
October 29, 2016
Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif bergantung kepada
persepsi budaya masing-masing. Namun, kulit yang sihat dan menerima penjagaan sempurna
seringkali mencerminkan kecantikan diri terunggul. Semenjak berabad lamanya,
kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati.
Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah.
Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan
pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.
Namun begitu, dengan NIVEA Skin Delight Body Milk, sebuah produk berinovasi terbaru keluaran NIVEA, memastikan anda menikmati sesi memanjakan diri yang akan menaikkan “mood” anda semasa berada di kamar mandi. Seindah namanya, NIVEA SKIN DELIGHT direka dengan satu tujuan utama – memberilkan kenikmatan buat deria anda dengan sentuhan, penglihatan dan wangian yang membuat anda berasa istimewa semasa anda memanjakan diri.
Nivea Skin Delight Body Milk
Bagi
memberi ketenangan kepada jiwa dan minda setelah seharian bekerja, “body milk” ini turut diadun bersama haruman semerbak
yang diekstrak dari bunga mawar dan juga lavender.
Mulakan
ritual memanja diri NIVEA Skin Delight selepas
anda menikmati mandian air panas yang menyegarkan. Oleskan “body milk” yang
mewah ini ke seluruh badan anda semasa kulit anda masih lembap dan biarkan minda
merasa tenang dengan wangian floral yang mengasyikkan. Oleskan “body milk” ke seluruh
tubuh anda dengan lembut dan rasai kelembutan dan kehalusan yang tidak terhingga
pada kulit anda. Ini membolehkan anda menikmati rawatan badan yang holistik di
mana ia meliputi tubuh serta minda.
“Kulit yang lembut, berseri dan mulus adalah idaman setiap wanita,” Kata En. Ng Hock Guan, Pengurus Negara bagi Beiersdorf Malaysia & Singapura. “Walaupun ia masih dianggap sebagai satu keistimewaan atau kemewahan bagi sesetengah daripada mereka, kehadiran NIVEA Skin Delight telah memudahkan golongan wanita untuk menikmati sesi memanjakan diri justeru memberikan mereka tubuh yang cantik dan sihat di samping ketenangan minda.”
Relaxing Lavender
Lavender atau nama saintiifknya Lavandula Angustifolia mempunyai reputasi yang mengagumkan dalam dunia aromaterapi. Sejenis tumbuhan herba berbunga dan tergolong dalam keluarga pudina, lavender boleh didapati di setiap pelusuk dunia bermula dari benua Afrika hingga ke kawasan pergunungan di Asia, Terkenal dengan profil wangiannya, lavender telah digunakan secara meluas di kebanyakan negara sebagai bahan untuk menenangkan stress dan kelesuan. Selain itu, ia juga dapat meredakan iritasi serta kekeringan pada kulit.
Glowing Rose
Bunga mawar bukanlah satu bahan asing dalam dunia kosmetik. Penggunaanya amat menyeluruh samada secara sepenuhnya ataupun sebahagian daripada asas campuran dalam produk wangian mahupun manfaat rawatan. Wanita-wanita Yunani kuno dan Rom dikatakan menggunakan kelopak-kelopak segar dari bunga mawar untuk mewangikan air mandian mereka. Pada masa yang sama, minyak pati yang terkandung dalam bunga mawar mampu mengekalkan kelembapan semulajadi pada kulit.
Secara personal, CN suka sangat dengan bau Glowing Rose. Lembut dan menggoda gituw. Bukan sahaja menjadikan kulit kita lembut, malah bertindak sebagai agen menggoda Encik Suami ! Ops !
Secara personal, CN suka sangat dengan bau Glowing Rose. Lembut dan menggoda gituw. Bukan sahaja menjadikan kulit kita lembut, malah bertindak sebagai agen menggoda Encik Suami ! Ops !
Dapatkan Nivea Skin Delight sekarang juga !
Dengan dua wangian yang lembut untuk dipilih –
Glowing Rose yang memberikan kulit anda wangian feminine dan Relaxing Lavender
yang menenangkan deria anda – NIVEA Skin
Delight terdapat dalam dua saiz dan dijual pada harga pengenalan iaitu
RM11.90 (Harga Runcit RM16.50) bagi saiz 250ml dan RM17.50 (Harga Runcit 21.90) untuk saiz 400ml.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Salam kunjungan ya
ReplyDeleteDah lama Etuza tak berkunjung ke sini ;)
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.