Ketagihan pada gula?
October 01, 2016
Terkadang datang rasa mengigil mahu pada minuman manis. Bukan mudah untuk meninggalkannya. Dr Rizal Abu Bakar, pakar Sains Kognitif dan Dr zubaidi Hj Ahmad, doktor perubatan yang giat menulis bersetuju:
"Aktiviti gelombang otak ke atas seseorang yang mengambil dadah KOKAIN berbanding dengan seseorang yang mengambil GULA menunjukkan ia mempunyai gelombang otak yang sama. Ini jelas menunjukkan bahawa GULA juga boleh menyebabkan ketagihan sama seperti dadah kokain"
.
Dr Zubaidi Hj Ahmad menyambung,
"Kokain hanya meransangkan satu satu kawasan pusat keseronokan (pleasure centre) dalam otak sementara seseorang mengambil GULA, lebih dari satu kawasan yang diransangkan dan menjadi aktif dalam pusat keseronokan di dalam otak. Fakta yang jelas menunjukkan GULA menyebabkan masalah ketagihan. Ketagihan gula bukan suatu masalah yang ringan. Ramai yang tidak dapat meninggalkan keseronokan rasa manis di lidah mereka dan berterusan minum minuman manis sehingga mengalami obesiti".
Pergh ! Patutlah selepas preggy pun CN macam ketagih nak makan benda manis je. Kalau minum milo mesti bancuh milo pekat-pekat guna susu pekat lagi. Fuh ! Tinggi kandungan gula. Tu belum lagi teh ais kaw. Nasi CN boleh kurangkan sekarang, cuma GULA tu, kena slow-slow kurangkan sebab CN dah ketagih gula rupanya. Takutttttt...
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.