Bila anak bujang demam
September 10, 2016
Cuaca yang menentu sekarang ni menyebarkan banyak virus. Kesian si kecil yang mempunyai antibodi yang lemah memang sedang dijangkiti pelbagai penyakit. Anak bujang CN si Irfan Hensem jenis yang jarang demam, bila sekali demam memang berhari-hari. Harini hari ke-tiga Irfan demam. Alhamdulillah, semalam dia dah lalu makan nasi sup + ayam. Special request tau.
Malam sebelumnya dia teringin nak makan kentang goreng KFC, layankan jela asalkan si bujang CN ni nak makan. Apa yang seksa bila dia demam, memang duk merengek je. Cakap panaih-panaih sedangkan di luar hujan menderu-deru. Paling kesian asyik mengadu sakit kepala.
Harini pulak dah kurang panas badannya dan kembali aktif walaupun sering terbaring sebab sakit kepala. Semoga cepat sihat je sayangku Irfan.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
Moga cepat sembuh Irfan..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.