Berjalan atas landasan keretapi, ko ado?

September 09, 2016

Kejadian berlaku pagi tadi. Hasil perkongsian gambar dari rakan-rakan di group whatsapp. Pergh ! Dari segi panaih hati, memang ye. Tapi dari segi pengalaman, rare tu. Ko ado berjalan ramai-ramai di atas landasan keretapi? Meriah pulak tengok. 

rapid kl,masalah LRT laluan Kelana Jaya

rapid kl,masalah LRT laluan Kelana Jaya

Kenyataan Media : 
KUALA LUMPUR, 9 September 2016 - Pada hari ini kira-kira 9.15 pagi, dua buah tren dari Gombak menghala ke Putra Heights telah terhenti berhampiran Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai akibat gangguan kepada sistem bekalan kuasa yang turut menjejaskan sistem pengudaraan tren.

Demi keselamatan para penumpang, pengurusan Operasi Laluan Kelana Jaya telah mengambil keputusan untuk mengungsi kesemua penumpang dari tren tersebut ke stesen terdekat iaitu Stesen Sri Rampai (kira-kira 10m dari tren pertama) dan Stesen Damai (kira-kira 80m dari tren kedua).
Pengungsian berkumpulan hanya dijalankan selepas pasukan operasi memastikan keselamatan para penumpang terjamin.
Kaedah pengungsian ini adalah amalan standard jika berlaku ganguan kepada sistem tren pada jangkamasa yang agak lama.
Kesemua penumpang dari kedua-dua tren selamat tiba di Stesen Sri Rampai dan Stesen Damai untuk meneruskan perjalanan atau menunggu tren susulan.
Berikutan gangguan terhadap tren tersebut, operasi LRT Laluan Kelana Jaya turut terjejas menyebabkan masa menunggu yang lebih lama kepada para penumpang.
Perkhidmatan LRT Laluan Kelana Jaya pulih sepenuhnya pada pukul 11.35 pagi.
Kami memohon maaf kepada para penumpang berikutan kejadian tersebut.
Berikutan kejadian tersebut, Rapid Rail akan memberi perkhidmatan percuma kepada semua pengguna LRT Laluan Kelana Jaya pada 13, 14, dan 15 September 2016.

rapid kl,masalah LRT laluan Kelana Jaya

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.