7 hari cabaran bersarapan bersama Dutch Lady PureFarm
September 26, 2016
Hari yang hebat bermula dengan Dutch Lady PureFarm ! Jadi, nikmatilah susu no. 1 untuk sarapan >> Ducth Lady PureFarm yang padat dengan kalsium bersama hidangan sarapan kegemaran anda untuk hari yang lebih ceria dan bersemangat. Ingat, untuk penjagaan kesihatan yang terbaik adalah jangan skip sarapan!
Mengapa pengambilan susu penting ketika sarapan?
Sarapan pagi penting kerana ia mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang untuk fokus sepanjang hari. Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak.
Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan serta vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah.
“Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi."
Hah ! Jadi susu merupakan elemen penting yang perlu diambil ketika bersarapan kerana 1 hidangan susu dapat membekalkan 200mg kalsium untuk memulakan hari anda !
CN memang wajib bersarapan setiap pagi, cukuplah secawan susu kerana sebagai ibu yang menyusukan anak, pengambilan susu amat penting dalam diet harian untuk membantu proses pengeluaran susu yang lagi banyak. Cara paling senang adalah dengan bersarapan dengan susu no. 1 untuk sarapan >> Ducth Lady PureFarm. Sekotak susu dah boleh buat kenyang sampai lunch nanti tau.
Kelebihan susu Dutch Lady PureFarm ini adalah rasanya yang sedap dan mempunyai pelbagai perisa. Sudah tentu perisa kegemaran CN adalah coklat & strawberi. Tak cukup tau minum sekotak ! Selain itu, susu Dutch Lady PureFarm juga mengandungi Vitamin D dimana vitamin ini membantu menyerap kalsium di dalam badan kita. Ibu menyusukan anak macam CN ni memang sangat-sangat perlukan Vitamin D dalam diet seharian untuk mengelakkan masalah sakit tulang dikemudian hari.
Cabaran 7 hari bersarapan bersama susu Dutch Lady PureFarm
Bersarapan sangat penting untuk mulakan hari-hari CN sebagai seorang cikgu dan part time blogger. Sebagai seorang cikgu yang ceria, CN akan pastikan setiap hari dimulakan dengan bersarapan supaya tidak ketaq lutut semasa mengajar nanti. Tambahan pula CN menyusukan Baby Dhia, jadi pengambilan susu amat penting untuk keperluan kalsium harian CN.
Pengambilan kalsium harian CN paling mudah dengan susu no. 1 untuk sarapan >> Ducth Lady PureFarm. Hanya sekotak susu Dutch Lady bersama hidangan sarapan kegemaran cukup untuk membekalkan tenaga berpanjangan untuk cikgu yang aktif ini.
Oh ya, meh CN share cabaran 7 hari bersarapan bersama susu Dutch Lady PureFarm. Memang awesome apabila bersarapan bersama susu kegemaran CN & Irfan Hensem ini. Siap berebut lagi kitorang taw..hehe
Pengambilan kalsium harian CN paling mudah dengan susu no. 1 untuk sarapan >> Ducth Lady PureFarm. Hanya sekotak susu Dutch Lady bersama hidangan sarapan kegemaran cukup untuk membekalkan tenaga berpanjangan untuk cikgu yang aktif ini.
Day 1
Menu : Nasi lemak ayam + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 2
Menu : Biskut + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 3
Menu : Nasi putih + sup ayam + sambal kicap + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 4
Menu : Nasi putih + kari daging + kangkung goreng belacan + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 5
Menu : Keropok ikan segera + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 6
Menu : Biskut + Susu Dutch Lady PureFarm
Day 7
Menu : Coklat Kit Kat + Susu Dutch Lady PureFarm
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
2 comments
Selain susu HL, Dutch Lady pun antara susu yang saya suka minum.
ReplyDeletemmg sedap kan dear, suka sgt !
DeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.