3 resepi masakan ikan tenggiri

September 17, 2016

Besau tak ikan tenggiri yang Encik Suami CN mancing? Fuh ! Lagi tinggi dari Irfan tau ikan ni. Seperti biasa, bila dapat ikan besau ni jenuh la duk tanya Encik Google masakan yang sesuai. Jadi meh CN share 3 resepi masakan ikan tenggiri untuk rujukan CN dan juga pembaca tersayang. Serius ikan baru mancing ni manis nya mmg umph ! Goreng kunyit pon sodap tau !

5 resepi masakan ikan tenggiri


resepi masakan ikan tenggiri, masakan ikan tenggiri


1. Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap




Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan tenggiri papan saiz sederhana
  • 9 biji tomato ceri
  • 1 biji bawang besar - potong bulat dan leraikan
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 biji cili merah - hiris serong memanjang
  • 1 biji cili hijau - hiris serong memanjang
  • 1 batang leek - kerat pendek dan rendam
  • 1 camca teh kicap pekat JALEN
  • 1/4 camca kicap lemak manis JALEN
  • 1/4 camca cuka makan JALEN
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • 1 cawan air

Bahan Kisar Halus
  • 5 biji bawang merah
  • 1 inci halia
  • 1 camca teh lada hitam biji
  • 1 camca besar ketumbar biji
  • 3 biji bawang putih

Cara Memasak Ikan Tenggiri Masak Kicap

1: ikan tenggiri dipotong pada beberapa bahagian. selepas itu cuci bersih dan toskan. lumurkan dengan sedikit serbuk kunyit dan garam. goreng sampai masak tapi tak perlu hingga garing dan angkat lalu ketepikan.
2: panaskan minyak dalam kuali dan tumis bunga lawang dan kayu manis hingga harum. selepas itu masukan bahan kisar dan tumis sampai terbit minyak.
3: masukan kicap pekat, air, dan kicap lemak manis dan kacau rata. tambahkankan bawang besar, ikan, dan toskan. selepas tu kacau rata dan masak hingga pekat.
4; masukan cili merah, cili hijau, cuka makan, dan tomato ceri. gaul rata dan masak sekejap. jika dah masak matikan api.
5: terkahir sekali, hidangkan bersama nasi panas. Mmmmm Sedaaapp!

Sumber : SINI

2. Resepi Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas


Bahan Untuk Asam Pedas:
  • 4 keping hirisan ikan tenggiri
  • 5-8 biji kacang bendi
  • 1 biji tomato, dibelah 4
  • secekak daun kesum atau daun laksa
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah 4
Bahan untuk kisar halus:
  • 10-15 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • ATAU 1 senduk cili kisar
  • 6 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 batang serai,hiris nipis ambil bahagian lembut
  • 2 biji buah keras, optional
  • 1 sudu besar belacan, dibakar
  • 1 sudu kecil lada hitam















Cara penyediaan ikan tenggiri masak asam pedas:

1. Panaskan 1 senduk minyak dan tumis bahan kisar halus di atas api perlahan sehingga masak dan pecah minyak. Kalau minyak kurang tambahkan lagi supaya bahan kisar betul-betul masak. Minyak haruslah pecah terasing dari cili dan itu menandakan rempah masak elok.
2. Masukan ikan dan air asam jawa. Masak seketika sehingga ikan separuh masak dan kemudia tambah sedikit air. Jangan terlalu banyak nanti kuah cair.
3. Masukkan bunga kantan dan daun kesum. Masak lagi sehingga mendidih. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan kacang bendi dan kemudian diikuti tomato pada saat terakhir sebelum angkat.

Sumber : SINI

3. Resepi Asam Rebus Ikan Tenggiri 

Bahan-bahan:

  • 2 keping ikan tenggiri
  • 1.5 liter air
  • 2 keping asam keping
  • 2 biji cili merah | ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar | ditumbuk
  • 1 ulas bawang putih | ditumbuk
  • 2sm kunyit hidup | ditumbuk
  • 5 tangkai daun kesum
  • Garam secukup rasa
Cara penyediaan asam rebus ikan tenggiri:

1. Didihkan air di dalam periuk kemudian masukkan kesemua bahan tumbuk dan juga asam keping.
2. Kacau rata dan biarkan masak seketika.
3. Masukkan ikan bersama daun kesum serta garam secukup rasa.
4. Biarkan mendidih dan kuahnya menjadi sedikit pekat dan angkat.
5. Sedia dinikmati bersama nasi panas.

Sumber : SINI





~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.