Uji kelajuan lamanweb anda dengan Server Speed Checker Bitcatcha
August 01, 2016
Adakah lamanweb anda cukup kuat untuk
menarik lebih ramai pelanggan? Salah satu elemen penting dalam kekuatan
lamanweb adalah kelajuan atau speed. Bayangkan,lamanweb Amazon boleh kehilangan 1.6 billion jika
lamanweb mereka lambat sesaat. Begitu juga dengan blog, jika blog lambat
loading, pasti akan kehilangan banyak pembaca bukan? Disini CN ingin berkongsi
tentang 1 lamanweb yang boleh menguji kelajuan response server sesuatu lamanweb
iaitu Server
Speed Checker Bitcatcha.
Anda harus tahu, lajunya sesuatu
lamanweb adalah bergantung kepada server nya. Aspek ini penting untuk lamanweb
yang menjual barang atau perkhidmatan kerana server yang digunakan perlu
dibayar berbanding blogspot yang menggunakan server secara percuma.
Apakah Server Speed Checker bitcatcha?
Server Speed Checker |
Ia adalah lamanweb yang menguji
kelajuan response sesuatu server lamanweb. Dengan Server Speed Checker Bitcatcha, anda boleh menguji betapa cepatnya
kelajuan server dari aspek lokasi seseorang pembaca. Maksudnya disini, Server
Speed Checker Bitcatcha menguji kelajuan lamanweb anda dari 8 lokasi iaitu New York,
LA, London, Brazil, India, Singapore, Japan & Australia. Menarik bukan?
Mengapa perlu menguji kelajuan lamanweb?
Jika anda membuka sesuatu lamanweb,
bayangkan lamanweb A mempunyai tempoh masa loading yang sekejab manakala
lamanweb B mempunyai tempoh loading yang lama, mana satukah yang menjadi
pilihan anda? Sudah pasti anda lebih suka lamanweb A melainkan anda merupakan
peminat setia lamanweb B.
Begitu juga dengan Google, lamanweb
yang mempunyai tempoh masa loading yang sekejab lebih ‘disayangi’ oleh Google
berbanding lamanweb yang mempunyai tempoh masa loading yang lambat. Anda harus
ingat, semakin cepat lamanweb anda, semakin tinggi ranking lamanweb anda di
dalam Google.
Apakah kelajuan lamanweb cekgunorazimah.com?
Kelajuan cekgunorazimah.com masih di
tahap sederhana kerana CN ‘sayangkan’ iklan-iklan yang melambak-lambak tu.
Almaklumlah, itulah sumber income CN. InsyaAllah, CN akan cuba sedaya upaya
untuk mempercepatkan lagi tempoh loading blog CN untuk pembaca tersayang, yela,
jenuh gak duk adjust untuk melajukan loading blog ni tau.
Tapi kan, cekgunorazimah.com
sebenarnya tak sesuai guna Server Speed
Checker Bitcatcha ni kerana ia menggunakan host blogspot, yela, blogspot
kan bawah Google, memang la dapat A! Hehehe.
Meh CN share antara lamanweb yang
power-power yang mempunyai tempoh loading yang cepat dan pantas.
Lamanweb says.com mendapat gred A+
Hah ! Ini contoh terbaik lamanweb
yang mendapat gred A+ untuk tempoh masa loading yang cepat. Kalau anda pergi ke
lamanweb says.com
pun, anda akan tetap setia kerana kecepatan tempoh masa loadingnya. Bila bukak
je lamanweb tersebut, zap zap keluar semua info. Hah ! Cepat betul loading dia,
memang power servernya !
Server Speed Checker |
Lamanweb nile.com mendapat gred B
Antara lamanweb faveret CN untuk
shopping online. Tempoh masa loading mendapat gred B, masih dikira cepat dan
bagus. Sebab tu CN suka shopping dekat sini tau.
Lamanweb sweetmuslimah.com mendapat gred E
Ok, ini contoh lamanweb yang lambat
loadingnya iaitu sweetmuslimah.com.
Tapi disebabkan brandnya yang power, ia tetap mendapat view yang tinggi dari
pembaca. Yang menyebabkan lamanwen sweetmuslimah.com lambat loading kerana saiz
gambarnya yang besar-besar, jadi memang agak ‘berat’ untuk loading.
Penerangan tentang Response Times
Untuk pengetahuan anda, response
speed yang baik adalah dibawah 200 ms. Jadi semakin kecil nilai response speed,
semakin cepat loading sesuatu lamanweb tersebut dan semakin menjadi kesayangan
Google. Jadi pilihan di tangan anda.
Untuk menguji kelajuan loading
lamanweb anda, jom cuba Server Speed Checker dengan klik gambar di bawah.
Lakukan perubahan untuk income yang lebih masyuk dari Google Adsense, eh !
www.bitcatcha.com
~ Sharing is caring
from Cikgu Norazimah ~
3 comments
adoi dapat E la pula. FAIL!! kena ubah ni hmm
ReplyDeleteNanti nak try cek laa.. Nk tahu jugak ni..
ReplyDeleteWowww A gituuu..tahniah CN..Hehehe kita nk check gak laa nnt
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.