Resepi Popia Ayam Cendawan

September 06, 2021

Popia ayam cendawan pernah menjadi viral suatu ketika dulu kerana ciptaannya yang 'unik'. CN tak pernah buat sendiri popia ayam cendawan ni, terjumpa resepi popia ayam cendawan beserta gambar cara-cara membuatnya di Group Resepi Kita. Terus simpan dalam blog supaya mudah untuk dirujuk kemudian hari. 

resepi popia ayam cendawan, popia ayam cendawan
Popia Ayam Cendawan 

Resepi Popia Ayam Cendawan


Bahan-bahan membuat popia ayam cendawan


1. 10 batang sosej dipotong-potong kecil
2. 400 g ayam cincang (jenama Ramli pun sedap). Kalau nak pakai daging segar, ambil bahagian dada potong kecik2
3. 1 tin cendawan butang dipotong nipis
4. 1 batang carot dipotong memanjang nipis2
5. 1 biji bawang besar dipotong dadu 
6. 5 ulas bawang putih dicincang halus
7. 2 tin cream of chicken @ cream of mushrooms
8. Kulit popia

Cara-cara membuat popia ayam cendawan


1. Tumis bawang dulu kasi layu sikit, kemudian masukkan ayam hancur @ daging ayam dipotong kecik2 dan kacau sehingga ayam masak sepenuhnya
2. Masukkan sosej dan kacau rata
3. Masukkan carot dan kacau sekejab kemudian masukkan cendawan butang
4. Last sekali masukkan cream of chicken @ cream of mushroom. Kalau rasa pekat, tambah air sedikit.
5. Perasakan dengan lada hitam, lada sula dan sedikit garam serta gula. Ok, inti popia sudah siap !
6. Balutkan popia dan kalau nak sedap, boleh letak cheesedale bagi penambah rasa lemak.
7. Dah siap balut, simpan di dalam peti ais sekejab supaya creamnya agak pekat, kemudian baru digoreng. 
8. Tada, popia ayam cendawan terlajak sedap sudah siap ! 



resepi popia ayam cendawan, popia ayam cendawan
Popia Ayam Cendawan 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

4 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.