Resepi Nasi goreng meatball Noxxa

August 27, 2016

Seronok betul bila ada periuk Noxxa ni. Rajin pulak CN buat nasi goreng buat bekal ke sekolah. Serius 7 minit dah siap tau.  Kali ni disebabkan meatball ada lagi dalam peti ais, meh CN share cara buat nasi goreng meatball dengan menggunakan periuk Noxxa. Cara buat nasi goreng meatball ini sama dengan nasi goreng cili padi Noxxa sebelum ni, bezanya CN tambahkan meatball je..hehe

resepi nasi goreng noxxa, nasi goreng meatball
Nasi Goreng Meatball Noxxa

Bahan-bahan nasi goreng Noxxa


1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
5 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
Beberapa ketul meatball
Secubit garam
Beras di basuh dan ditoskan
Air ikut sukatan beras 

Cara-cara membuat nasi goreng Meatball Noxxa


1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi
2. Tekan mode 'STIR FRY' & ON
3.Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan meatball. 
4. Kemudian masukkan beras dan air serta garam secukup rasa. 
5. Off mode STIR FRY dan tutup ketat penutup periuk Noxxa tu. (Jangan tutup penutup periuk semasa mode STIR FRY ye)
6. Tukar kepada mode 'HIGH PRESSURE' dan set kepada 7 minit.
7. Tadaa ! Dah siap nasi goreng meatball Noxxa!


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

1 comments

  1. 1st time denagr nasi goreng meatball.. tapi dari nama je dah rasa mesti sedap..
    nice share..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.