Wanita ini membuat rawatan laser bila sudah mencecah 3 series

July 14, 2016

Perempuan ni bila meningkatnya usia maka berkurangnya collagen pada kulit wajah dan timbullah pelbagai jenis hidupan di mukanya. Jerawat, bintik hitam dan bintik putih semuanya sebati beranak pinak di muka. Sebelum ianya terjadi, lebih baik mencegah dari mengubati ! Salah satu cara paling cepat dan selamat adalah dengan kaedah rawatan laser pada wajah. Rawatan laser pilihan wanita 3 series itu ehem ehem, CN lah tu adalah Rawatan Carbon Laser Peel

rawatan laser pada wajah, rawatan carbon laser, kelebihan rawatan carbon laser
Bergambar dulu bersama Dr yang akan merawat CN iaitu Dr Michelle Lai

Apakah Rawatan Carbon Laser Peel


Apabila sebut je tentang rawatan laser, pasti terbayang akan kepanasan dan kesakitannya. Almaklumlah, beauty is pain. Perempuan sanggup bersakit untuk cantik. Tapi anda jangan risau, rawatan laser di Premier Clinic ni confirm tak sakit! Rawatan carbon laser peel ni bertujuan untuk mengecilkan liang pori dan untuk mengekalkan kelembapan pada wajah sebab CN mengalami masalah kulit kering. Selain itu, rawatan ini juga boleh memutihkan kulit, mengurangkan pigmentasi, jeragat dan parut gelap pada wajah serta mengurangkan noda kulit tidak sekata. Paling best, masa buat rawatan tu, Dr Michelle Lai terjumpa blackhead 3 biji baru nak bertapak dekat pipi CN. Terus dia mintak kebenaran CN untuk buang benda tu dengan menggunakan laser di tangannya. Serius memang tak sakit. Best pulok. 


Pengalaman CN Membuat Rawatan Carbon Laser Peel


Sebelum membuat rawatan carbon laser peel, CN diberi konsultasi oleh Dr Michelle Lai tentang masalah kulit yang CN alami dan rawatan yang sesuai. Kemudian CN dibawa ke bilik rawatan oleh Miss Kay. Di sana, muka CN dibersihkan terlebih dahulu untuk buang segala mekap. Kemudian, numb cream atau krim kebas di sapu pada wajah CN selama 15 minit. Masa tu rasa muka tebal je tau.

rawatan laser pada wajah, rawatan carbon laser, kelebihan rawatan carbon laser
Sesi konsultasi oleh Dr Michelle Lai tentang rawatan yang sesuai untuk CN. Disebabkan CN menyusukan anak, sebarang rawatan yang melibatkan inject tidak sesuai. Jadi CN decide untuk memilih Rawatan Carbon Laser Peel

Selepas tu, muka CN dicuci lagi dan disapu carbon peel yang warna hitam tu untuk proses laser. Menurut Dr Michelle Lai, laser ni memang suka warna hitam. Jadi masa proses laser nanti akan ada bunyi tap, tap, tap. Sebelum muka CN dilaser, Dr Michelle Lai test dulu sikit dan tanya sakit ke tak. Ada la rasa macam semut gigit-gigit manja gitue. Tapi yang membuatkan CN cuak sebab bunyi tap tap tap tu dan bau hangit sikit. Tapi ok lah proses laser ni sekejab je, tak sampai 10 minit dah siap tau ! Memang pantas dan puas hati. 

rawatan laser pada wajah, rawatan carbon laser, kelebihan rawatan carbon laser
Sesi Rawatan Carbon Laser Peel

rawatan laser pada wajah, rawatan carbon laser, kelebihan rawatan carbon laser
Benda warna hitam dekat muka CN tula carbon namanya.


Langkah-langkah Penjagaan Selepas Rawatan Carbon Laser Peel


Menurut Dr Michelle Lai , selepas membuat rawatan laser ni, perkara pertama yang mesti buat adalah elakkan muka terdedah kepada panas matahari terlalu lama. WAJIB pakai sunblock SPF50 ke atas dan moisturizer tau. Mujur nasib menyebelahi CN, habis je rawatan, bila keluar je dari clinik, hujan renyai-ranyai dan cuaca mendung je. Alhamdulillah. Senang je penjagaan selepas rawatan laser ni, tak perlu pantang makan apa-apa tau. 

Kesan segera selepas rawatan carbon laser peel ini adalah muka terasa ringan dan liang-liang pori mengecil. Muka terus tegang dan flawless tau, tak perlu pakai foundation dan bedak tebal-tebal. Selepas 3 hari rawatan, blackhead 3 biji pada wajah CN terus hilang dan rona kulit muka menjadi sekata. Paling best, pipi mengecil sikit akibat kesan laser tau. Terus confident pakai shawl sebab muka tak berapa tembam macam sebelum ni. Suka sangat ! 

CN recommed sangat untuk anda mencuba rawatan carbon laser peel. Baru sekali rawatan dah puas hati. Kalau buat banyak kali confirm kalah retis tau..hehe

rawatan laser pada wajah, rawatan carbon laser, kelebihan rawatan carbon laser
Muka tegang dan flawless sejurus selepas habis Rawatan Carbon Laser Peel

Maklumat Lanjut tentang Premier Clinic


Berminat untuk mencuba rawatan carbon laser peel ini? Anda boleh terus walk-in atau buat appointment seperti maklumat di bawah :

Tel : 012-6625552
Email : contactus@premier-clinic.com

Lokasi Premier Clinic


TTDI : No 31, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), 60000 Kuala Lumpur
(sebaris dengan Pizza Hut dan bersebelahan dengan Maxis & Digi Centre)



Bangsar : 40 Jalan Telawi Bangsar Baru, 59100 Kuala Lumpur
(sebaris dengan Pejabat Pos dan bersebelahan dengan kedai mamak Raj Banana Leaf)




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. Wah...
    semakin jelita :-)
    Alhamdulillah...

    ReplyDelete
  2. Company kita ada buat Q-Switch laser treatment juga di Johor. Ini lah website kita: http://mediaesthetic.com.my/en/q-switch-laser-treatment-cosmetics/

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.