Resepi nasi goreng Noxxa

July 19, 2016

Akhirnya CN terjebak juga dengan periuk Noxxa! Alhamdulillah, wishlist tahun 2016 untuk memiliki periuk ajaib Noxxa tercapai juga. Mahal tau, ketaq tangan nak bayar periuk ajaib ni! Ok, masakan pertama CN guna periuk Noxxa ni adalah nasi goreng Noxxa. Sangat simple tak sampai 10 minit siap nasi goreng Noxxa ni. 

Meh CN share cara buat nasi goreng cili padi dengan menggunakan periuk Noxxa.

resepi nasi goreng noxxa, masak guna periuk noxxa
Nasi goreng Noxxa yang terlebih air sebab first time katakan ;)


Bahan-bahan nasi goreng Noxxa


1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis
5 biji cili padi (nak pedas boleh letak lebih)
Secubit garam
Beras di basuh dan ditoskan
Air ikut sukatan beras 

Cara-cara membuat nasi goreng Noxxa


1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi
2. Tekan mode 'STIR FRY' & ON
3. Masukkan minyak masak sedikit dan bila panas, masukkan ikan bilis. Tumis hingga garing. Bila dah garing, angkat dan asingkan.
4. Masukkan bahan tumbuk tadi dan tumis hingga pecah minyak.
5. Kemudian masukkan beras dan air serta garam secukup rasa. 
6. Off mode STIR FRY dan tutup ketat penutup periuk Noxxa tu. (Jangan tutup penutup periuk semasa mode STIR FRY ye)
7. Tukar kepada mode 'HIGH PRESSURE' dan set kepada 7 minit.
8. Selepas masak, masukkan ikan bilis tadi. Tadaa ! Dah siap nasi goreng Noxxa!


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

7 comments

  1. Noxxa?? asal dri mana? haha..saya x tahu la plak..ishh ishhhhh

    ReplyDelete
  2. teringin nak beli 1..tapi belum ckup duit ni

    ReplyDelete
  3. Ramai member pun da beli noxxa.
    adik aida pun.
    kalau ia mudahkan kita, apa salahnya kan.
    aida ada dpt free jenama lain.
    tu yg x beli :-)

    ReplyDelete
  4. Sapa nakbeli periuk noxxa yg sangat memudahkan nih pd harga kaseh sayang whatsapp 019-2494819. Dpt 4 ebook percuma mengandungi beratus resepi dihantar tru email sapa beli dgn ibu.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.