Resepi paprik campur ala thai yang sedap
June 12, 2016
Masakan paprik antara faveret CN kalau makan di kedai. Paling CN suka nasi goreng paprik pedas ! Pergh ! Sedapnya. Ngences dah ni bila duk bayangkan paprik campur yang pedas dan sedap ni. Ok, sebenarnya tak susah pun nak masak paprik campur ni. CN terjumpa resepi paprik campur ala thai ni di facebook. Dah cuba pun dan memang sedap. Cuma tak sempat ambil gambar sebab excited nak makan. Ni CN cedok je gambar dari Google. Hehehe..
Ada orang suka makan paprik daging, jadi anda boleh singkirkan segala macam seafood serta ayam tu dan digantikan dengan daging. Cuma untuk memasak paprik daging, rebus dahulu daging supaya tidak lama tempoh untuk memasak paprik nanti.
Jadi, jom kita cuba masak paprik campur ala thai yang sedap ni ye.
Gambar paprik campur ala thai |
Resepi Paprik Campur Ala Thai
Bahan-bahan membuat paprik campur ala thai
Ayam 1/4 ekor - potong kecik2 buang tulang. Pastu letak garam dan serbuk kunyit dan digoreng 3/4 masak dan tos.
Sotong (agak2 nak banyak mana) - siang dan potong bulat
Udang (pun agak2)
Bawang putih 4 ulas - cincang
Bawang merah 5 biji - hiris
Bawang besor 2 biji - potong bulat
Cili padi 5 biji - belah dua (kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Kiub tomyam Maggi - bancuh air sikit
Sos tomato 2 sudu besar
Sos tiram 3 sudu besar
Sos cili 2 sudu besar
Kicap manis 2 sudu besar
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Sayur-sayur :
Kacang panjang 4 batang - potong panjang
Carrot 1 batang - potong panjang
Cauliflower - jadikan kelopak kecik (agak2)
Putik jagung 5 batang - potong serong
Daun limau purut 5 helai - ramas
Serai sebatang - ketuk
Tomato 1 biji - belah 4
Cara-cara memasak paprik campur ala thai
1. Panaskan minyak. Masukkan serai, bawang putih dan bawang merah. Tumis sampai naik bau.
2. Pastu masukkan kacang panjang dan carrot. Goreng sampai kacang dan carrot tu mcm garing.
3. Masukkan bancuhan kiub tomyam, bawang besar, cili padi, daun limau purut dan pelbagai sos yang ada. Kacau sebati.
4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Selepas tu masukkan cauliflower dan putik jagung.
5. Kemudian masukkan ayam goreng tadi, sotong dan udang. Biar dlm 5 minit dan kecikkan api
6. Last skali masukkan tomato. Kalau nak berkuah boleh tambah air sedikit.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
nak try la..mcm senang je..
ReplyDeleteSebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.