Resepi apam pisang gebu

September 18, 2021

Anak bujang CN si Irfan Hensem memang suka sangat segala jenis apam. Apam pisang adalah salah satu faveret si bujang ini selain apam susu gebu belang-belang merah. Cara membuat apam pisang gebu gebas ni pun sangat mudah. Sekejab je dah siap tau. Masuk dalam blender je tau. 

Jom try resepi ringkas apam pisang gebu kukus ni. Sangat sesuai sebagai hidangan untuk minum petang. Selamat mencuba ye. 


resepi apam pisang, apam pisang gebu, apam pisang

Resepi Apam Pisang Gebu



Bahan-bahan membuat apam pisang :


● 2 cawan tepung gandum
● 1 cawan gula pasir
● 2 biji telur
● 1 cawan minyak masak
● 7 - 8 biji pisang boyan
● 1 sudu teh baking powder
● 1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-cara membuat apam pisang gebu :


1. Masukkan 2 cawan tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat ke dalam satu bekas, gaul rata dan ketepikan.
2. Blender gula dan telur sehingga kembang.
3. Masukkan 1 cawan minyak masak ke dalam adunan telur yang diblender tadi serta kacau sebati.
4. Kemudian masukkan pisang yang telah dilecek, gaul rata. Nak senang blender je pisang ni..hehe
5. Masukkan satu bekas tepung gandum, baking powder dan soda bikarbonat yang telah digaul rata tadi ke dalam adunan yang bercampur pisang, gaul rata hingga sebati.
6. Panaskan air kukusan.
7. Sapukan minyak ke dalam acuan kecil, kemudian isi adunan ke dalam acuan tersebut.
8. Setelah air kukusan mendidih, kukus adunan selama 10 minit kemudian lap penutup pengukus kemudian teruskan kukus selama 10 minit...siap 20 minit* kukus!
*Jika menggunakan loyang besar, tempoh kukusan ialah 40 minit



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

11 comments

  1. laaa...simple..bleh cuba buat nii

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya kak..maaf zahir dan batin ye kak..esok yaya balek kampung da..doakan ye...

    ReplyDelete
  3. Pisang boyan ni memang sesuai dibuat apam atau kek.
    Buat lempeng atau cekodok pun sedap.

    ReplyDelete
  4. sedap ni. apam pisang mcm kek pisang jugak kan ? hehe

    ReplyDelete
  5. sedapnya nampak,nak try la macam simple je resepinya

    ReplyDelete
  6. salam kak, nk tanya
    kek memang akan jd wrna coklat gtu ke wpun guna gula pasir

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sebab pisang dimasak mmg akan jadi warna macam tu

      Delete
  7. Pisang kat rumah byk x tau dah nak masak.. asyik goreng pisang, jemput2 pisang.. nampak simple resepi ni.. izin ye.. tq kak.

    ReplyDelete
  8. Tq cikgu norazimah.. sy sudah mencuba dan hasilnya terbaik..tqtq atas perkongsian resepi ini.

    ReplyDelete
  9. Tq cikgu norazimah.. sy sudah mencuba dan hasilnya terbaik..tqtq atas perkongsian resepi ini.

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.