Kerabu mangga yang sedap dimakan begitu sahaja
June 05, 2016
Dah macam iklan roti gardenia pulak tajuk entry CN kali ini ye. Kerabu mangga yang sedap dimakan begitu sahaja! Serius memang sedap diratah-ratah je kerabu mangga ni. Tak sempat makan bersama nasi sudah habis tau! Kerabu mangga ni lagi sedap jika dimasukkan sekali bunga kantan yang disiat halus. Arwah mak mertua yang ajar untuk masukkan bunga kantan dalam kerabu mangga.
Pada mulanya memang agak pelik diletakkan bunga kantan, tapi bila rasa sedap pulak. Cuma kali ini CN tak letakkan bunga kantan sebab tiada di dapur. Nak kena beli, leceh ! Jadi buat je apa yang ada didapur ye.
Gambar kerabu mangga dari Google |
Resepi Kerabu Mangga
Bahan-bahan membuat kerabu mangga
3 biji mangga ( sagat guna acuan sagat kentang )
1/2 cawan sos plum
2 camca udang kering (boleh ganti dengan ikan bilis)
10 - 15 biji cili padi**
5 ulas bawang merah **
Gula dan garam secukup rasa
Tumbuk bahan bertanda **
Cara-cara membuat kerabu mangga
1. Mangga yang sudah siap disagat tadi digaul dengan bahan tumbuk dan sos plum
2. Masukkan gula dan garam secukup rasa dan gaul sebati .
3. Siap sudah kerabu mangga yang sedap !
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.