Jom #MalaysiaNgaji

June 29, 2016

Sempena #MalaysiaNgaji 24 Ramadhan 1437H bersamaan 29 Jun 2016, jam 12:00 tengahari hingga 1 petang yang akan bersiaran secara langsung melalui Astro Oasis;

Kita isikan waktu 1 jam hanya untuk kita nikmati Al Quran.

Kita "ihramkan" hati kita, kosongkan dan tanggalkan "alas kaki", semua perbezaan kita ketepikan. Kita sama. Makhluk yang ingin merayu kepada Allah agar diselamatkan di dunia dan di akhirat.

Alangkah indah.
Ketika sebentar kita basahkan lidah kita dengan ayat-ayat Allah.
Kita tinggalkan kata mengata.
Kita bina negara ini bersama-sama.
Dalam harmoni biar berbeza.
Memang seumpama ibrah Surah Al Balad. Jalannya mendaki.
Ada kanan dan kiri.
Pilihlah, hak Allah di atas hak kita.
Bismillahi Allahu Akbar.

#MalaysiaNgaji 24 Ramadhan
Tanamkan benih hari ini.

#MalaysiaNgaji


~ Salam Ramadhan dari Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.