Cashback semasa shopping online?
June 02, 2016
Bila dah jadi blogger ni, sememangnya hidup dengan Internet jela. Gelisah jika sehari tak dapat online tau. Bila dah online pulak, pasti kekadang akan 'ter'shopping online. Tapi kali ini CN bukan nak cerita tentang shopping online, tapi CN nak share tentang satu lamanweb yang ada menawarkan cashback atau pulangan wang tunai bila anda shopping online! Hah ! Barang dapat siap pakej dengan cashback lagi. Untungla kan, sambil shopping boleh pulak dapat duit poket.
Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan cashback ini?
CN percaya pasti ramai di antara anda yang tidak pernah dengar tentang Getex Malaysia bukan? Ia adalah lamanweb yang menawarkan cashback bila anda shopping di kedai-kedai terpilih. Maksudnya disini, jika anda mahu shopping di Lazada, apa kata pergi ke lamanweb Getex dahulu untuk melihat tawaran menarik yang mereka tawarkan. Kemudian, selepas shopping anda akan mendapat cashback atau pulangan wang tunai sehingga 9% dari harga pembelian. Masih keliru? Meh sini CN kongsikan langkah-langkah mudah untuk menggunakan Getex ini.
Langkah-langkah pembelian menggunakan Getex
1. Sign up ke Getex Malaysia. Anda boleh juga sign up dengan menggunakan akaun facebook.
2. Selepas mendaftar, pastikan anda lengkapkan maklumat peribadi anda di MY GETEX terutama sekali maklumat bank kerana pihak Getex akan terus masukkan cashback ke akaun bank anda.
3. Pilih stores yang anda mahukan. Sebagai contoh, CN pilih Lazada. Jadi klik SHOP NOW.
4. Terdapat pelbagai tawaran dan coupon di Lazada yang pihak Getex tawarkan. Anda hanya perlu GRAB DEAL dan anda akan dibawa terus ke lamanweb Lazada untuk terus shopping !
Selepas anda shopping, pihak Getex akan meminta anda untuk mengisi maklumat pembelian. Anda hanya perlu isi sahaja dan tunggu cashback masuk ke akaun bank anda. Best kan? Bukan sahaja dapat barang, malah dapat pulak 'duit poket'.
Jadi apa tunggu lagi?
Jom mendaftar di Getex Malaysia dan dapatkan 'duit poket' anda !
Getex Malaysia sudah menawarkan RM 100,000 cashback sejak November 2015 tau ;) |
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.