Tips kurangkan sakit tekak yang paling jimat

May 30, 2016

Sakit tekak dan batuk memang amat menyeksakan. Teringat masa preggy BabyDhia, CN kena batuk dari bulan 12 sampailah bersalin iaitu bulan 3, bayangkan seksanya macam mana? Dugaan betul. CN dah cuba macam-macam, tapi tak berkesan. Bak kata nurse, bawaan anak, batuk tu akan hilang bila bersalin dan memang betul, start sakit kontraksi CN dah tak batuk. Tapi semasa batuk teruk tu, CN dah amalkan tips kurangkan sakit tekak yang CN dapat dari facebook seperti gambar di bawah ni. Cuma nasib tak menyebelahi, tips ni tak berkesan untuk orang preggy yang kena bawaan anak..hehe. Ok, apakah tips kurangkan sakit tekak yang paling jimat ni?


tips kurangkan sakit tekak, tips ubati sakit tekak, ubat sakit tekak
Tips kurangkan sakit tekak

Cara untuk ubati sakit tekak yang paling jimat ini amat mudah. Hanya perlukan hirisan lemon, madu dan halia. Campurkan semua di dalam 1 bekas dan simpan di dalam peti sejuk. Bila nak minum, cuma ambil sesudu campuran tadi dan dicampurkan dengan air suam dan minum. Amalkan setiap pagi. Selain boleh kurangkan sakit tekak dan batuk, lemon dan halia juga boleh membakar lemak. Jadi sesuai juga untuk mereka yang nak kurus macam CN ni. 2 in 1 gituw..

Jom cuba tips kurangkan sakit tekak yang paling jimat ni ye. Dah tak perlu beli ubat batuk yang banyak dadah tu. Tak baik untuk kesihatan tau. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

0 comments

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.