Sayang atau cemburu?

May 14, 2016

Memang dugaan bila mempunyai baby dan pada masa yang sama ada si abang yang beza umur cuma 4 tahun sahaja. Walaupun Irfan dah faham setiap arahan, tapi perasaan cemburu pada adik memang sukar dihalang. Tenangnya hati bila tengok Irfan cium pipi si adik, tapi perasaan tu bertukar menjadi geram bila dia cubit pipi adik sekuat hati siap cakap "geram!".

irfan hensem, dhia zahra
Irfan Hensem & Dhia Zahra

Tengoklah gambar di atas ni, sampai senget-senget pipi Baby Dhia dicium oleh abang Irfan. Bila ditanya kenapa cium adik, jawapannya adalah "Abang sayang adik". Tapi automatik lepas dicium adik mesti akan dicubit pipi si adik pulak. Alahai anak..

Bukan mudah untuk menjaga hati si abang yang cemburu dengan kehadiran si kecil. Semakin hari semakin menduga jiwa dan raga ragam si Irfan yang nak kan perhatian. Sabar jela. Itulah permata hati CN. 



~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~


You Might Also Like

1 comments

  1. Hehe.. Normal tu.. Sementara nak sesuaikan keadaan...

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.