Kurus dengan air rebusan halia dan serai
May 28, 2016Wanita lepas bersalin sememangnya terlalu risau akan 'allignment' yang telah lari akibat 9 bulan preggy. Walaupun telah berpantang selama 44 hari, bentuk badan ideal idaman hati masih sukar untuk diperoleh. Alhamdulillah, berkat kerajinan dan komitmen yang tinggi, CN mampu kurus dengan air rebusan halia dan serai. CN mula minum air rebusan halia dan serai ini pada hari ke 40 berpantang dimana berat ketika itu adalah 54kg. Kini setelah 60 hari selepas bersalin, CN telah mencapai berat badan ideal iaitu 50kg.
Baby Dhia yang bambam |
Mungkin orang lain melihat CN telah kurus tetapi perut buncit, lengan menggeleber dan peha berlaga adalah masalah utama CN. Lemak-lemak degil di kawasan tersebut memang sukar untuk dihapuskan. Jadi CN cuba amalkan meminum air rebusan ini setiap hari dan hasilnya memang menakjubkan!
Cara penyediannya air rebusan halia dan serai
3 batang serai - di ketuk
3 inci halia - di ketuk
Air dalam 1 litter
a) Masukkan kesemuanya dalam periuk, masak atas dapur dengan api sederhana. Perlahankan api, masak dalam 1 jam sehingga air bertukar warna menjadi ala-ala teh o.
b) Sejukkan dan sedia diminum. Sejuk pun sedap! Simpan dalan fridge.
Kelebihan air rebusan halia dan serai
Mengatasi masalah perut
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.
Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senggugut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.
Agen pencegah kanser
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.
Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.
Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.
Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pembuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.
Meningkatkan kadar metabolisme
Halia juga dapat meningkatkan metabolisme dan membakar kalori kerana sel tubuh harus mengeluarkan tenaga ekstra hingga 20 peratus untuk mengolahnya. Khasiat lain halia ialah meningkatkan suhu tubuh hingga merangsang mekanisme pembakaran lemak dalam tubuh.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
1 comments
assalamualaikum.
ReplyDeletesinggah pagi
http://jmbelog.blogspot.my/
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.