Best pulak drama seindah takdir cinta

May 31, 2016

Cuti bersalin tiga bulan ni memang best bila dapat melayan segala drama di tv. Paling tak bergerak ke mana-mana melayan drama dari pukul 7-8 setiap hari tau. Paling terbaru adalah drama Seindah Takdir Cinta. Kalau hari jumaat-ahad pulak duk melayan drama Mr Boss Miss Stalker. Apa yang buat CN tertarik nak tengok cerita seindah takdir cinta ini sudah tentulah heronya iaitu Saharul Ridzwan! Alahai pelakon hensem sorang ni, memang tak mengecewakan setiap watak yang dimainkan. Suka sangat ! Ops..

seindah takdir cinta, drama seindah takdir cinta, slot akasia
Drama seindah takdir cinta

Drama Seindah Takdir Cinta


EPISOD : 28 episod
TARIKH MULA : 25 Mei 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mufid Shuhaimi
NOVELIS : Kamsiah Abu
PENGARAH : Zulhuzaimy Marzuki
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd

Watak Pelakon Drama Seindah Takdir Cinta
Amyra Rosli sebagai Mia Karmila
Saharul Ridzwan sebagai Shahriman
Redza Rosli sebagai Adrian
Azri Iskandar sebagai Dato Kamal
Ifa Raziah sebagai Datin Mariam
Amai Kamaruddin sebagai Fendi
Nazzaty Rusli sebagai Zetty
Haff Ridzuan sebagai Faizal

Lagu Tema/OST Seindah Takdir Cinta
Lagu : Takdir Cinta
Penyanyi : Fauziah Latiff
seindah takdir cinta, drama seindah takdir cinta, slot akasia
Drama seindah takdir cinta


Sinopsis Drama Seindah Takdir Cinta


Mia Karmila (Amyra Rosli) anak gadis kesayangan Dato’ Kamal dan Datin Mariam yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Shahriman (Saharul Ridzwan) atau lebih mesra membahasakan dirinya Aiman telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Mempunyai didikan agama yang sangat baik membuatkan Mia tertarik untuk mendekati islam melalui Aiman yang tidak diperolehi daripada kedua-ibu bapanya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.

Adrian (Redza Rosli), masih muda tapi sudah memegang jawatan besar sebagai CEO di syarikat milik bapanya Tan Sri Effendi. Selain bergaya dan kaya-raya, Adrian juga memiliki perangai playboy dan sering sahaja berpoya-poya.

Adrian juga tidak putus asa untuk menjinakkan Mia Karmila sebagai kekasih untuk memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya termasuk Zetty, sahabat Mia sendiri. Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apa pun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Tekad Adrian menjadi bertambah kuat apabila kedua ibu bapanya dan juga ibu bapa Mia Karmila bagaikan menggalakkan dan merestui niatnya itu.

Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shahriman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya. Siapakah Shahriman sebenarnya?

Namun hanya ALLAH yang sesungguhnya maha mengetahui segala apa yang diaturkannya. Adrian terpaksa di masukkan ke hospital sebaik sahaja dia dan Mia Karmila dinikahkan. Sebagai seorang gadis solehah, Mia Karmila sedar akan tanggung jawabnya di sisi Adrian kini seandainya Syurga ALLAH adalah tujuan destinasinya.

Dengan itu Mia Karmila bertekad menjadi seorang isteri yang sentiasa diredhai oleh suaminya untuk mendapatkan Syurga ALLAH itu. Maka dengan seikhlas hatinya Mia Karmila cuba melupakan Shahriman dan terus tabah menjaga Adrian di hospital.

Bagaimanakah dapat Mia Karmila meneruskan hari-hari kehidupannya menjaga Adrian di hospital manakala hubungan Shahriman dengan keluarga Adrian semakin rapat, dan dengan itu juga membuatkan dia dan Shahriman sering bertentang mata.

Ia juga bagaikan luka lama berdarah kembali bagi Shahriman ketika menemankan Adrian dan Mia Karmila serta ibu bapa mereka menunaikan Ibadah Umrah di Mekah. Shahriman benar-benar tidak mampu lagi untuk terus menyorokkan segala derita jiwa dan hatinya yang gersang selama ini apabila melihat gadis yang pernah bertahta di hatinya itu menerima segala ujian dan dugaan ALLAH dengan begitu ikhlas dan tulus.

Demi cintanya pada Mia Karmila yang tidak pernah luak walau sezarah pun, Shahriman terus berusaha untuk mendapatkan kembali cinta itu walau pun dia tahu cinta Mia Karmila kini hanyalah untuk Adrian apabila kedua suami isteri itu mengakuinya di hadapan Baitullah.

Berjayakan Shahriman memujuk dan mendapatkan kembali cinta Mia Karmila yang pernah direlakannya untuk diberikan kepada Adrian?

Sumber : MyInfoTaip

~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

9 comments

  1. waa macm best je citer ni..
    hurmm dah lama tak tgk drama di tv ni..


    Blogwalking Sini, Jemput Join Segmen Saya Ni :)

    Pencarian #9 Bloglist By Ahmadhasif segmen....

    ReplyDelete
  2. Best ye? X pernah layan lagi cite ni.. Ok, tonton mane tonton, hehe~~

    ReplyDelete
  3. rtmm menarik boleh tgk nie

    ReplyDelete
  4. wahh CN layan jugak yee drama ni hehe

    ReplyDelete
  5. Best kan cerita ni, Nani pun layan jugak. Hehe

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.