10 tips ibu menyusu kekal cergas di bulan Ramadhan
May 26, 2016
10 tips ibu menyusu kekal cergas di bulan Ramadhan
Jika anda ingin berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan. Anda boleh rujuk tips-tips dibawah:
1. Cukup rehat
Berasa letih ketika berpuasa itu lumrah, apatah lagi jika si ibu baru saja menyusu. Cuba untuk beristirahat sejenak, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran. Ibu menyusu perlu tahu, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak. Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.
2. Pengambilan air
Jika mampu, minum air masak 2 liter sehari, ditambah dengan jenis cairan lain seperti jus buah, teh manis suam dan susu. Minum segelas susu setiap sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil dan menyusu. Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah. Berbuka puasa dengan minum minuman suam adalah elok untuk ibu menyusu.
3. Mengepam pada waktu malam
Jika anda tiada masa untuk mengepam pada waktu siang? Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.
4. Jangan stress jika susu kurang
Anda rasa susu anda berkurang? Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply". Sentisa berfikiran positif dan jangan stress. Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.
5. Pengambilan Milk Booster.
Anda boleh cuba menggunakan milk booster seperti Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.
6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein
Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika diambil berlebihan.
7. Amalkan Madu atau VCO
Anda sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa kerana ia merupakan sumber tenaga semula jadi. Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh. VCO atau Minyak Kelapa Dara seperti D'Aura juga amat sesuai untuk ibu menyusu.
8. Jangan Abai Sahur
Jangan meninggalkan waktu bersahur. Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup. Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.
9. Banyakkan Buah Dan Sayur
Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat yang bukan sahaja baik untuk tahap kesihatan anda malah bagus untuk bayi juga.
10. Makan Kurma Ketika Berbuka
Berbukalah dengan memakan kurma terlebih dahulu sekurang-kurangnya tiga biji. Amalan sebegini dapat membekalkan tenaga segera selepas berpuasa sepanjang hari.
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.