Cara mudah membanyakkan susu badan

April 03, 2016

Tips Membanyakkan Susu Badan


Alhamdulillah, pada 30/3/2016 waktu solat zohor, lahirlah puteri CN seberat 3.78kg. Lima hari CN 'berkampung' di Hospital Banting ekoran overdue akhirnya hari ke-5 CN di'paksa' bersalin dengan induced kerana baby telah berak di dalam perut. Walaupun bayi agak besar, tapi CN dapat bersalin secara normal tanpa alat bantuan dan mengalami luka jahitan first degree sahaja. Syukur alhamdulillah.

Menjadi idaman semua ibu untuk menyusukan anak sebaik dilahirkan. Alhamdulillah, selepas bersalin CN mampu menyusukan sang puteri tanpa sebarang masalah. Mungkin faktor anak kedua dan pengalaman menyusukan Irfan sehingga 3 tahun menjadikan proses penyusuan ini tiada masalah. Bagi CN, tips utama untuk membanyakkan susu badan adalah persediaan awal sebelum bersalin.

Apa yang CN amalkan sebelum bersalin adalah sentiasa membersihkan bahagian areola, minum susu kambing, pengambilan makanan sunnah dan satu rahsia yang CN nak kongsikan ini adalah pengambilan Mamom Milkbooster Herbawork seminggu sebelum bersalin


mamom, mamom milkbooster herbawork, tips membanyakkan susu badan, membanyakkan susu badan, testimoni mamom
Mamom Milkbooster Herbawork

Testimoni Mamom Milkbooster Herbawork



Sepanjang 5 hari di Hospital menantikan kelahiran sang puteri, CN telah amalkan pengambilan sebiji Mamom Milkbooster Herbawork ketika warded di hospital. Rasa Mamom ni memang sedap dan berbau wangi. Alhamdulillah, susu badan banyak dan yang paling best adalah CN dapat hampir 5oz susu perahan pada hari ketiga pada sekali perahan seperti gambar di atas. Sehingga kini iaitu hari ke-5 berpantang, selain memberi direct penyusuan kepada sang puteri, CN juga mampu mengumpul stok susu untuk bekerja nanti. Terima kasih Mamom Milkbooster Herbawork !







~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

4 comments

  1. Tahniah CN.. Selamat berpantang...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah tahniah CN...selamat datang baby girl....

    ReplyDelete
  3. Tahniah CN dh bsalin rupanya....

    ReplyDelete
  4. welcome to the world lil princess ^^

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.