5 Jenama Lipstik Pilihan CN

April 17, 2016

Jenama Lipstik Yang Terbaik


Dari zaman anak dara hingga kini, CN dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Lipstik je antara make up CN yang tak boleh dipisahkan. Sudah banyak jenama lipstik yang telah CN guna. Berikut merupakan 5 jenama lipstik pilihan CN sebagai panduan untuk anda yang masih mencari-cari jenama lipstik untuk dicuba. 

5 Jenama Lipstik Terbaik Pilihan CN


1. Mary Kay


Jenama lipstik yang CN guna sekarang. Memang sudah jatuh cinta sebab CN sukakan penutupnya yang 'sukar' dibuka oleh Irfan. Warna faveret CN semestinya color me coral sebab nampak natural. 

2. Mac


CN guna Mac masa zaman anak dara sampaila baru kahwin ketika menetap di KL kerana selalu shoping di Sogo. Sekarang dah tinggal di Banting, tempat paling dekat nak beli make up Mac ni adalah di Alamanda. Memang bercinta nak ke sana...hehe. Apa yang bestnya lipstik Mac ini adalah teksturnya yang 'kaya' dan kekal lama. Bibir rasa seksi je bila pakai lipstik Mac. No wonder la Mac ni sentiasa menjadi pilihan. 

3. SimplySiti


Lipstik SimplySiti ni best tau. Lembut dibibir dan tahan lama. Selalu beli kalau ada jualan gudang. Memang berbaloi harganya. 

4. L'oreal 


L'oreal Color Riche Glam ni memang best tau. Rasa lembut je dibibir. Harga pun mampu milik. 

5. D'Herbs


Lipstik Collagen D'Herbs ni memang best. Serius bibir menjadi mungil serta merta. Sesuai dipakai untuk aktiviti riadah. Yela, masa riadah pun mestilah kelihatan cantik dan wajah tidak pucat. Baru lah suami sayang ! Eh !


Kredit : Gambar semua adalah original dari Google. 


~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

You Might Also Like

3 comments

  1. vote for MK jugak! hehe

    JOM TENGOK LEBIH 100 BARANG2 KECANTIKAN DENGAN HARGA YG MURAH DAN PASTINYA ORIGINAL !
    https://www.facebook.com/produkkecantikanMG/posts/1726936100868945:0

    JANA PENDAPATAN PASIF DENGAN BLOG ANDA
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/01/jana-pendapatan-pasif-dengan-afflifycom.html

    TOLONG INFORM SAMA ADA ANDA BOLEH BUKA ATAU TAK BLOG MG :)
    http://melangkaugarisan.blogspot.my/2016/03/minta-tolong-inform-jika-anda-tak-boleh.html

    ReplyDelete
  2. Yang last sekali tu pun pilihan MF juga..

    ReplyDelete

Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.

Terima kasih di atas komen-komen anda.