Tawaran Biasiswa Yang Dipertuan Agong Sesi 2016/2017
March 09, 2016BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) di dalam dan luar negara.
Pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:
Syarat-Syarat Umum Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong
- Warganegara Malaysia; dan
- Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.
Syarat-Syarat Khusus Permohonan Biasiswa Yang Dipertuan Agong
- Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
- Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa;
- Pemohon perlu mendapatkab tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau universiti terkemuka dunia (Ivy League) mengikut Times Higher Education (THE), QS World University Ranking,Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Colleges seperti di Lampiran B2;
- Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mixed mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis; dan
- Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Melayu untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di Lampiran D1.
- Kriteria Utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
- Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
- Prestasi semasa temuduga.
Cara Memohon Biasiswa Yang Dipertuan Agong
Pegawai-pegawai yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan secara dalam talian di portal http://esilav2.jpa.gov.my dan perlu mengisi Borang JPA(L)LDP 1B/96 (Pin.1/2003) dengan pengesahan markah LNPT bagi tahun 2013, 2014 dan 2015 oleh Ketua Jabatan. Borang permohonan yang telah lengkap diisi perlu dimuat turun dan dicetak dengan disertakan bersama-sama:
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Surat Tawaran kemasukan ke institusi;
- Salinan Ijazah Pertama atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
- Salinan Ijazah Sarjana atau kelulusan yang setaraf dengannya (skrol dan transkrip);
- Lampiran C ; dan
- Borang JPA(L)LDP 1A/96 akan disediakan oleh BPSM, KPM.
hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 Mac 2016 (Selasa) jam 5:00 petang kepada:
Pegawai Perkhidmatan Bukan Guru
Unit Latihan Dalam Perkhidmatan,
Cawangan Pembangunan Manusia dan Latihan,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4, Blok E12, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Sektor Dasar Keguruan,
Bahagian Pendidikan Guru,
Aras 3, Blok E13, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 PUTRAJAYA.
Anda boleh menghubungi pegawai-pegawai berikut untuk pertanyaan lanjut :
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Encik Azmi Tepoli
Tel : 03-8884 7947
Faks : 03-8884 7925
E-mel : azmi.tepoli@moe.gov.my
Encik Danial Abdillah bin Suhaimi
Tel : 03-8884 7943
Faks : 03-8884 7925
E-mel : danial.suhaimi@moe.gov.my
Bahagian Pendidikan Guru
Puan Siti Mariam binti Sulaiman
Tel :03-8884 1067
Faks :03-8884 1222
E-mel : mariam.sulaiman@moe.gov.my
~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~
0 comments
Sebarang bentuk komen adalah tanggungjawab anda. CN tidak akan bertanggungjawab ke atas komen yang tidak berhemah.
Terima kasih di atas komen-komen anda.